Sumber : Rashidah Abdul Rahman


Bahan A
300 gram daging cincang
3 sudu teh jintan putih 
4 sudu teh lada putih
1 sudu teh minyak sayuran
1 sudu teh garam


Bahan B
250 gram tepung gandum
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa (perah untuk mendapatkan 750 ml – 150 ml untuk digunakan untuk Bahan C) 
100 gram mentega, dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh garam


Bahan C
150 ml santan (dari lebihan perahan 1/2 biji kelapa tadi)
75 gram cheddar cheese, diparut
1 sudu besar tepung gandum 


Bahan Hiasan
1 batang lada merah, dihiris halus
1/2 cawan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak masukkan daging dan taburkan jintan, lada putih dan garam dan masak sehingga ia bertukar warna dan airnya kering. Sedia untuk digunakan. 

Cara untuk Bahan B

  1. Gunakan food processor ataupun blender. 
  2. Masukkan santan, garam dan telur, blender rata.
  3. Kemudian masukkan tepung, blender hingga sebati.
  4. Last masukkan mentega cair yang telah disejukkan dan blender rata.
  5. Gunakan periuk non-stick dan juga senduk kayu ataupun whisk.
  6. Masak adunan tepung diatas api yang kecil dan hendaklah adunan dikacau selalu tidak boleh ditinggalkan. Ini penting kerana jika tidak adunan akan bergentel. 
  7. Masak adunan tepung sehingga sedikit pekat .
  8. Kemudian angkat dari atas api dan campurkan dengan 100 gram daging cincang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  9. Gunakan loyang springform 9 inci tak payah lapik dengan aluminium foil. Lenser loyang dengan 2 sudu besar mentega, ini perlu untuk mendapatkan tepi bingka yang berwarna kuning emas lagi garing nampak menarik.
  10. Kenapa Diana gunakan loyang springform (loyang itu sahaja yang ada dirumah my friend hehe) sebab ia non-stick dan juga bila dah masak senang untuk membukanya dan kuih akan keluar cantik dan senang untuk letak atas pinggan dan sajukan.
  11. Tuang adunan tepung kedalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 40 – 45 minit. Kemudian sediakan Bahan C. 

Cara untuk Bahan C

  1. Campur tepung bersama santan dan gaul rata supaya tidak bergentel.
  2. Kemudian masukkan cheddar cheese dan masak atas api yang sederhana sehingga ia pekat sedikit. Sedia untuk digunakan. 
  3. Bila bingka telah masak, tuang Bahan C dan ratakan.
  4. Tabur lebihan daging, bawang goreng, daun sup/ daun bawang dan terakhir cili merah.
  5. Tekan sikit kasi daging tu melekat kat Bahan C.
  6. Dan sambung bakar selama 10 minit.
  7. Bila keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk selama 10 minit, baru buka loyang springform, sedia untuk dihidang.
  8. Sedap makan panas-panas bersama cili sos. 

Share: