Post pertama di Resipi.net setelah sekian lama.Hari ini ada permintaan untuk saya buatkan roti jala untuk satu majlis makan-makan kawan di sini. Awal pagi lagi dah bangun untuk buat kari ayam dan menebar jala. Kalau nak buat untuk kawan, kena buat juga untuk anak-anak. Sebab roti jala ni memang favourite mereka. Kalau ada roti jala, tak payah masak nasi dah untuk makan. So hari ni kita makan roti jala dari pagi sampailah malam.Resipi ini dah banyak kali ditukar dan diperbaiki. Ikut taste tukang masaklah. Ada yang suka lembut membelai anak tekak, ada yang suka lagi halus, ada yang tak kisah besar-besar jalanya pun takpe. Semuanya ok janji sedap untuk yang nak  makan. So di sini saya share resipi roti jala saya ya. Roti jala saya ni ada rasa kenyal-kenyal sikit, saya rasa sedap menggunakan telur 2 biji untuk satu adunan tu. Hajat di hati nak test yang guna 1 biji aje tapi belum buat lagi. 
Roti Jala Bani Rizal

Share: