Ini pula resipi yang telah dicuba semalam. Memang marvelous !! Memang kalau resipi Puan Puti Mazura tak pernah mengecewakan tastebud ku. 🙂 Daging dendeng ni Jeni goreng tak sampai garing sebab Jeni kalau makan nasi mesti nak ada kuah-kuah sikit. Jeni gunakan 500 gm daging tapi kuantiti bahan-bahan lain jeni maintain sukatannya. 

Daging Dendeng
Sumber : Puti Mazura 

1 kilo daging batang pinang , bang with mallet until soft, marinate with sugar, salt and a few dashes of soy sauce. Leave to marinade 
for at least 2 hours
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar 
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak

Cara
1. Pijarkan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau 
2. Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi
3. Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak
4. Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali, balik-balikkan untuk “seal”nya
5. Bila sudah “seal” daging, masukkan air, didihkan dan kemuidan kecilkan api, tutup kuali/periuk. 
6. Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa & kicap dan biarkan renih sehingga air kering
7. Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api,
8. Goreng sehingga kering dan garing, masukkan gula dan garam (jika masih tawar) 
9. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Share: