Petang tadi saya memulakan projek buat Kebab. Saya memilih kebab yang resipinya paling simple sekali kerana bahan-bahan itu saja yang ada dalam peti ais ku 🙂 Saya menggunakan daging ayam dan menggunakan roti pita yang dibeli siap dari kedai. Kebab ini rasanya seakan-akan Kyros Kebab. Kepada sesiapa yang suka makan Kyros Kebab memang harus mencubanya. Tengok la gambar ye. Ada pasti terliur hahaha. 

Kebab Daging
Sumbangan : Zunita Nasuha <zunita@sapura.com.my>    

Bahan-bahan
Daging [batang pinang] / Ayam (Yang saya buat dalam lingkungan 300 g fillet ayam yang didadu)
3 ulas Bawang Putih
Tomato Sos
Cili Sos
Bawang merah 
Timun                     ikut suka banyak mana
Tomato
Mayonis

Bahan-bahan perap
(Digoreng dan ditumbuk/mesin)

1 sudu besar Ketumbar
1 sudu besar  jintan Manis 
1 sudu besar  Jintan Putih

Cara-caranya
1. Hiris daging nipis2 dan lebar2 (agak2 lah nipis dan lebarnya lebih kurang macam steak tu..)
2. Perap daging dengan bahan perap dan perap selama  2 jam atau lebih. 
3. Masukkan daging tadi ke dalam kuali dan panaskan hingga kering [macam nak buat steak]
4. Setelah daging kering, potong daging tadi kecil2 atau suka hati nak potong style mcm mana.
5. Potong bawang merah, timun dan tomato 
6. Gaulkan semua bahan dengan cili sos dan mayonis
7. Sedia dimakan dengan roti

Share: