Recent Posts

Cream Puff Umi Imah

Cream Puff Umi Imah

Dek kerana dah muak ngan roti (maklum hari2 menguli roti‚Ķ), wa tukau menu pulak.  Wa buat krim paff resipi dari Umi Imah.    Tak ku tahu bahawa membuatnya begitu mudah‚Ķ kalau ku tahu tak perlu la ku berhabis duit untuk makan menda ni (paberet wa…

Ayam Golek Risya

Ayam Golek Risya

Ini resipi ayam golek yang dipromote baik oleh kawan baik saya. Saya try buat 2 hari lepas memang marvelous rasanya. Dan senang pulak tu. Rasa macam sambal ikan bakar yang dijual di pasar ramadan pun ada. Cubalah anda sure tak menyesal. Alina pon dah try…

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Resipi ini memang menjadi favourite saya dari dulu. Gambar yang ini pun dari gambar lama 10 tahun dulu semasa tinggal di Riyadh. Terima kasih buat Puan Noraini yang berkongsi resipi dengan detail sekali.

NASI KERABU ISTIMEWA NORAINI

Kiriman : Jeni 
Sumber : noraini@antara1.po.my

Bahan dan Penyediaan NASI

4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara Memasak Nasi

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara Menghidang

  1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
  2. Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL KELAPA

¬Ĺ biji kelapa parut
1 camca teh garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya

  1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
  2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL IKAN

5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia

Cara Menyediakan

  1. Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
  2. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Bahan dan Penyediaan CILI PADI JERUK

  1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
  2. Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ¬Ĺ cawan cuka.
  3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Bahan dan Penyediaan TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)

1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk
l2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
¬Ĺ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara Menyediakannya

  1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
  2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
  3. Sesuaikan rasa dan angkat.

ULAM-ULAMAN – kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit – jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
¬Ĺ biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Bahan dan Penyediaan SOLOK LADA

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
¬Ĺ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
¬ľ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya

  1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
  2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
  3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
  4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

Bahan dan Penyediaan IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
¬Ĺ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya

  1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
  2. Panaskan minyak.
  3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

OPTION

PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah.

NASI KERABU – TIPS

From: noraini noraini@antara1.po.my

Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu… memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.
TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..

SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.

UNTUK MAKLUMAN saudari jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.

WALAUBAGAIMANAPUN, saudari bolehlah mencuba mana-mana cara, dan penilaiannya nanti saudari sendiri akan tahu mana yang lebih sedap.

Sugar Cookies

Sugar Cookies

Acuan ini saya beli dah dekat 2 tahun rasanya. Tapi tak pernah lagi merasmikannya. Jadi saya pun cari-cari resipi untuk stamped cookies. Yang ini nampak simple jadi saya pun cubalah. Rasanya biasa-biasa sahaja. Ala-ala shortbread macam tu. Next time nak cuba yang ada perisa peanut…

Cookies & Cream Cheesecake

Cookies & Cream Cheesecake

Ini cheesecake yang tak perlu dibakar. Cuma chillkan sahaja. Dibuat pada 30 September 2008 dulu. Cookies and Cream Cheesecake Sumber : The Australian Women’s Weekly (Chocolate 70 wicked recipes) Bahan-bahan 250g biskut coklat150g mentega cair2 tsp gelatin1/4 cawan air / 60 ml air360g cream cheese…

Sambal Goreng Jowo Kak Su

Sambal Goreng Jowo Kak Su

Assalamualaikumu & Salam Sejahtera .. Selain set Nasi Briyani, sempat juga saya cuba resipi Sambal Goreng Jawa ni.  Saya gunakan resipi dari Kak Su (Toshiba) sebagai panduan.  Senang sebab ada sukatan. 

Tetapi.. 

a)  saya gantikan tetelan dengan daging dan kurangkan kuantitinya kerana

b)  saya tambah paru dan hati + mempedal ayam Рceduk sikit dari resipi Kak Rozi sebab saya sukakan kepelbagaian.  Selain tu,

c)  saya kisar ikan bilis untuk dapatkan rasa manisnya Рni pun ceduk resipi Kak Rozi.

d)  juga, saya tambah suhun, fucuk dan kacang panjang Рyang ni sebab versi yang biasa saya makan ada 3 bahan ni. 

Cara masak pun lain sikit, saya tumiskan bahan kisar bersama bahan hiris hingga wangi.  Kemudian masukkan daging dan sedikit air, masak hingga daging empuk.  Lepas tu baru masukkan pati santan, garam, gula dan air asam dan masak hingga agak kering/terbit minyak.  Akhir sekali baru masukkan semua bahan sayuran (kacang panjang, suhun & fucuk) dan bahan yang telah digoreng dan hiris. 

Kak Su, maaf ya sebab pandai-pandai tokok-tambah resipi Kak Su!  Walau bagaimanapun, kami sukakan hasilnya!  Pada tekak kami memang sedap!  Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi ini! 

Juga terima kasih pada Kak Rozi yang turut berkongsi resipi (jangan marah sebab saya ceduk sikit ya..)  Teringin juga nak rasa air tangan Kak Su & Kak Rozi.. sekurang-kurangnya dapat bandingkan dengan air tangan sendiri!  Bila ekk Kak Su?  Kak Rozi?  he.. he.. he.. Gambar Sambal Goreng Jowo ni saya sertakan.  Errrr.. nak tanya pendapat Kak Su & Kak Rozi.. memang macam ni ke rupanya?  Bagi komen sikit.. tq! Lepas ni nak try resipi Kak Rodziah (Kialim) pulak.. resipi ni lain sikit sebab ada kicap!  Bila masanya tu, belum tentu lagi.. tungguuuuuu.. he.. he.. he.. ~Lynn Sham~ * *

Kiriman : LynnSham
Sumber : Kak Suriani
Tarikh : 6 Nov 2006

Sambal Goreng Jowo ala Mak Kak Su 

Seperti yang telah dijanjikan di sini Kak Su lampirkan resipi sambal goreng ala Mak Kak Su

Bahan-bahannya :-

1 kilo tetelan direbus hingga empuk lalu digoreng, ( air rebusannya jangan dibuang )
1 kilo udang, dibuang kepala cuci bersih direbus sebentar lalu digoreng
$2 tahu dipotong dadu lalu digoreng
$2 tempeh dipotong dadu lalu digoreng
$1 lada hijau – dihiris halus menyerong ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
$1 lada merah – dihiris halus menyerong ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
$1 serai dihiris halus ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
1 kilo bawang besar dihiris halus ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
10 – 15 ulas bawang putih dihiris halus ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
2 cm lengkuas ( dikisar halus )
2 cm kunyit hidup ( dikisar halus )
2-3 helai daun salam
4 biji buah keras ( dikisar halus bersama bahan-bahan yang lain )
belacan
asam jawa secukup rasa
gula melaka anggaran 2 buku ( kalau yang cylinder shape tu atau sesedap rasa )
Santan pekat dari sebiji kelapa atau 1 kotak
garam dan serbuk perasa sesedap rasa

Cara memasaknya :-

  1. Campurkan santan pekat dengan air rebusan tetel. Gaulkan sekali bersama belacan, gula melaka dan asam jawa. Rasa lemak masam manis dan masinnya mengikut rasa.
  2. Tumis hirisan bawang besar sehingga layu lalu diangkat.
  3. Tumiskan pula bawang putih, serai, lada merah, lada hijau & daun salam. Tumis hingga layu dan wangi.
  4. Masukkan bawang yang telah ditumis terlebih dahulu itu tadi digaul rata.
  5. Lalu dimasukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus ( bawang besar, bawang putih, lada merah & hijau, serai, kunyit, lengkuas ) Gaul rata dan tumis hingga rempahnya kering dan wangi.
  6. Tuangkan adunan santan pekat dan air rebusan tetel , belacan, asam jawa & gula melaka gaul rata dan masak sehingga pekat.
  7. Masukkan bahan-bahan kering yang telah digoreng tadi, gaul rata dan siap untuk dihidang.

Jika betul cara menumisnya masakan ini boleh tahan lama. Semakin hari semakin mesra ramuannya. Makan sehingga menjilat jari! Sudi-sudilah cuba ya? Jika ada kekurangan harap dimaafkan maklumlah resipi orang tua pakai agak-agak saja. Selamat mencuba…

Strawberry Custard Slice

Strawberry Custard Slice

Resipi yang saya cuba tahun 2011 dahulu. Macam fruit tart tapi versi nak cepat.¬† Kiriman : JeniSumber : Australian Women’s WeeklyTarikh : 19 Disember 2011 Strawberry Custard Slice Bahan-bahan 2/3 cawan (160 ml) susu segar1/2 cawan (125 ml) pouring cream – saya guna whipping cream1…

Rasam, Sambal Kelapa & Ikan Masak Ladop

Rasam, Sambal Kelapa & Ikan Masak Ladop

Saya nak kongsi resepi menu makan siang semalam. Kuah Rasam, Sambal Kelapa dan¬†Ikan Masak Ladop (ni masakan org India,¬†arwah bapa yg selalu masak)¬† Sumber : Zahara BeeTarikh : 10 Ogos 2008 Rasam Bahan kisar:1 sdm jintan kasar1 sdm jintan halus1 sdm lada hitam2 labu bawang…

Pesamah Daging

Pesamah Daging

Semalam cuba resepi pesamah daging ni. saya guna daging kambing. kalau nk tukar ngan aym pun boleh.. sangat la senang nak masak. sedap jugak kalau buat colek roti arab. agak-agak bosan dengan rendang, memang patut cuba pesamah ni

Kiriman : Aslinda
Sumber : Mingguan wanita bil:1377
Tarikh : 2 Jun 2010

Resepi Pesamah Daging

Bahan-bahan:
1 kg Daging (cikmin guna daging rusa)
2 paket kecil rempah kari daging
4 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 sm halia*
3 sudu kerisik
1 biji kelapa-diambil santan
Garam
Gula
Air
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda* dikisar dan dibahagi dua

Cara-caranya:

  1. Perapkan daging yang sudah dibersihkan dengan rempah kari dan bahan yang telah dikisar untuk seketika.
  2. Tumis baki bahan kisar didalam kuali.
  3. Masukkan daging dan sedikit air,biarkan sehingga mendidih dan daging menjadi empuk.
  4. Masukkan santan kacau seketika kemudian masukkan kerisik,garam dan gula secukupnya.
  5. Masak sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi,pulut atau roti jala.
Rendang Pucuk Ubi

Rendang Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Inilah rupa rendang pucuk ubi yang saya buat semalam..Pucuk ubi ni N9 mari.. dah beberapa kali beli kat sini tapi jauh lebih banyak daun ubi tua dari pucuknya.. tu pesan kat adik bawakan semalam sebab jumpa adik kat rumah pengantin lelaki (pengantin…

Mee Kantonis

Mee Kantonis

Resipi ini saya cuba semasa saya tinggal di Riyadh dulu. Dah lebih 12 tahun dah usianya. Saya postkan semula buat kenangan dan simpan dalam resipi.net. Tarikh : 26 Februari 2008 Semalam dah bosan makan¬†nasi, saya try buat mee ala-ala kantonis, ala-ala sizzling, ala-ala chinese. Saja…