Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Masakan Cina > Yong Tau Foo
Question Title Yong Tau Foo

 

Sumber : Dari group Pak Amir diubahsuai oleh Anis

 

Sos Manis (kuah warna hitam)

 

Bahan-bahan

200 g taucu hitam (dikisar)

1 cawan air

1/2 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat manis cap kipas udang)

1 sudu makan minyak masak

1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)

gula secukup rasa (saya guna 1 senduk nasi gula putih & 2 ketul gula melaka)

 

Cara-cara Membuatnya

 

   1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.

   2. Masukkan air, kacau seketika & bairkan mendidih

   3. Masukkan kicap & kacau lagi.

   4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

 

Sos Pedas (kuah warna merah)

 

Bahan-bahan

20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)

1 cawan air

2 sudu makan bijan

2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)

1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)

garam, gula & cuka secukup rasa

2 sudu makan sos plum

 

Cara-cara Membuatnya

 

   1. Masak air hingga mendidih.

   2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.

   3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.

   4. Masukkan campuran tepung jagung.

   5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

 

Sup yong tau foo

 

Bahan-bahan

2 cawan air

1 kiub ayam maggi

Bebola/fishcake (lauk-pauk yong tau foo)

Garam & gula secukup rasa

 

Cara-cara Membuatnya

 

   1. Didihkan air.

   2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.

   3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.

   4. Keluarkan bebola/fishcake.

   5. Masukkan garam & gula secukup rasa.

 

 

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 27809 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Masakan Cina .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment Lynn Sham on Sat, Oct 14th, 2006 at 12:14 AM
Hari ni kami berbuka dengan Yong Tau Foo Anis dan air tebu (beli kat Bazaar Ramadhan) selain Kek Buah Mudah Kak Nur. Kami memang suka makan yong tau foo. Selalu juga beli. Bila membeli ni, pilih 5-6 jenis dah RM5.00. Pada kami, mahal! Kalau kena dengan selera, tak jadi masalah.. yang frust tu kalau sosnya tak sedap.. Harap pekat aje, tapi rasa kurenggggggg.. Itu sebabnya bila Anis post resipi, saya pun tak lepaskan peluang mencuba. Sos yong tau foo saya buat hari Sabtu lepas. Tak berkesempatan nak merasa sebab hari Sabtu dan Ahad kami ada jemputan berbuka puasa di luar. Macam Anis, sos manis saya pun agak masin. Saya tak basuh taucu tu sebab kalau dibasuh, rasanya dah kurenggg lah pulak. Untuk sos pedas (saya tak campurkan sos plum sebab lupa nak beli) dan sup, saya tak masukkan garam pun. So kira balance lah.. Sham kata Yong Tau Foo ni memang sedap! Betul.. memang saya berpuashati.. Menyediakannya pun tidaklah susah.
User Comment mastura_ed@yahoo.com.my on Sat, Jun 9th, 2007 at 12:32 AM
nampak macam best memang nak tau sangat macamane nak buat sos yong tau foo ni.tapi tak lengkap la, macam mane pulak nak bual fishball tu semua...???kalau beli pun bukan boleh dapat banyak lagipun lagi sedap kalau ada macam2 jenis fishball ni..yang sumbat cili la, bendi la, terung la, peria la...kalau ada sesapa terbaca, bagi la resipi fishball tu..saya try merapu buat kat ubah boh macam2 (mereka le tu) tapi tak penahnye jadi...email kat saya yek..mastura_ed@yahoo.com.my
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Szechuan Chicken with Cashew
  2. Fried Wantan
  3. Ikan Bilis Kicap Chinese Style
  4. Fried Sui Kow/Fried Wantan
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 384
Dimasukkan: 2006-10-13 11:44 PM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software