Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Sambal dan Sos > Kuah Kacang/Satay
Question Title Kuah Kacang/Satay

Sumber : Puti Mazura

 

Bahan-bahan

5 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar

15 tangkai cili kering, direbus dan bersihkan

10 ulas bawang merah, hiris kasar

5 ulas bawang putih, ketuk dengan pisau

1 inci lengkuas, hiris kasar

5 batang serai

Setengah cawan minyak masak

2-3 sudu teh garam

1 inci persegi belacan Melaka, dibakar

1 cawan gula merah (atau gula pasir)

Air , cukup untuk kepekatan yang dikehendaki

Optional - sotong rendam yang dipotong kecil/sotong kering yang dah direndam dan dipotong kecil/daging yang disiat - anggaran 2 cawan. - Ini kalau untuk makan dengan nasi himpit, bukan sebagai kuah satay.

Optional - asam gelugor (5-6 keping)

 

Cara Membuatnya

1. Blend bahan-bahan no. 2, 3, 4, 5 & 9.

2. Pijarkan minyak dalam kuali yang tebal dan agak dalam

3. Tumiskan bahan yang dah di blend, kacau selalu, goreng hingga garing.

4. Masukkan air dan serai, kacau, biar sampai menggelegak

5. Masukkan kacang dan gaul rata.

6. Masukkan sotong(kalau guna) dan asam gelugor (jika guna)

7. Kecilkan api dan biar masak hingga keluar minyak.

8. Masukkan daging siat (kalau guna)

9. Masukkan gula, kacau rata dan biarkan lagi atas api selama lebih kurang 15 minit.

10. Adjust rasa garam dan gulanya.

11. Sejukkan sebelum menghidang.

 

Note:

1. Sebenarnya rasa asli kuah kacang ni, tak ada rasa masam. For instance, Sate Samuri tu, kuah kacangnya cuma kacang dan gula (+ bawang bawang tu lah...), then letakkan sambal tumis untuk pedaskan.

2. Tapi kalau nak juga ada rasa masam, I would suggest guna asam gelugor instead of asam jawa.

3. Cuba lah masak kuah satay ni selama mana yang boleh, supaya minyak daripada kacang akan keluar dan jadikan isi lebih garing dan kuah lebih lemak. Jangan sampai hangus pulak. Api biar sederhana ye...

4. Pastikan gula dimasukkan last sekali.

 

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 21983 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Sambal dan Sos .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
There are no user comments for this question. Be the first to post a comment. Click Here
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Perapan BBQ
  2. Kuah Rojak Buah Kak Liza
  3. Kuah Lodeh Asmah Laili
  4. Kuah Rojak Buah
  5. Sambal Ikan Bilis
  6. Sambal untuk Popia Goreng
  7. Kuah Kacang
  8. Sos Kuah Cucur Udang
  9. Kuah Satay Restoran Pak Amir
  10. Sambal Kentang Goreng Kering
  11. Air Asam
  12. Sambal Lonte @ Sambal Buruk [jawa]
  13. Sambal Kicap
  14. Sambal Belacan Arab
  15. Kuah Kacang My Mum's Style
  16. Sambal Kering Telur Sempoi
  17. Sambal Kecipir
  18. Lodeh
  19. Brown Sauce
  20. Sambal Hijau
  21. Garlic Butter
  22. Sos Coney
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 436
Dimasukkan: 2006-10-25 6:30 PM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software