Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Nasi > Nasi Kerabu Istimewa Noraini
Question Title Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Sumber : noraini@antara1.po.my

 

NASI

4 pot beras

4 pot air

1 batang serai dititik

2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat

sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

 

Cara Memasak Nasi

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

 

Cara Menghidang

1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.

2. Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

 

SAMBAL KELAPA

biji kelapa parut

1 camca the garam

2 camca besar gula

sedikit gula

5 biji bawang merah, ditumbuk lumat

sehiris halia, ditumbuk lumat

10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

 

Cara Menyediakannya

1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.

2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

 

SAMBAL IKAN

5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya

5 biji bawang merah

sehiris halia

 

Cara Menyediakannya

1. Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.

2. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

 

CILI PADI JERUK

1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.

2. Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan cawan cuka.

3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

 

TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)

1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar

5 biji cili kering

5 biji bawang merah ditumbuk l

2 biji bawang putih

sehiris halia

1 batang serai, dititik

sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka

biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan

2 sudu air asam jawa

 

Cara Menyediakannya

1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.

2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.

3. Sesuaikan rasa dan angkat.

 

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit

5 helai daun cekur

1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada

10 tangkai daun kesum

5 tangkai daun selasih/kemangi

2 batang kangkung

5 batang kacang panjang

1 kuntum bunga kantan

biji timun

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih jeruk

1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

 

SOLOK LADA

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji

biji kelapa parut putih

5 biji bawang merah

sehiris halia

2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja

sedikit garam, gula dan serbuk perasa

cawan santan pekat

 

Cara Menyediakannya

1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.

2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.

4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

 

IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos

cawan tpung beras

sedikit air kapur

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

 

Cara Menyediakannya

1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.

2. Panaskan minyak.

3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

 

OPTION

PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah.

 

NASI KERABU - TIPS

From: noraini noraini@antara1.po.my

Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu... memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.

 

TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..

 

SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.

 

UNTUK MAKLUMAN saudari jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.

 

WALAUBAGAIMANAPUN, saudari bolehlah mencuba mana-mana cara, dan penilaiannya nanti saudari sendiri akan tahu mana yang lebih sedap.

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 18004 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Nasi .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment Nasara on Sat, Nov 4th, 2006 at 11:21 AM
Weekend lepas saya telah cuba buat nasi kerabu ni. Saya cuma buat nasi putih, sambal kelapa, sambal ikan, tumisnya dan goreng keropok. Solok lada saya tak buat sbb kehabisan cili. Actually, ni first time buat nasi kerabu dan sebenarnya bukan reti sangat "the real taste of nasi kerabu". Hubby kata kesedapan nasi kerabu ni terletak pada tumis dan sambalnya. So, setelah test drive, kira passlah. Hubby kata sedap sangat, macam beli di kedai punya. Bukan apa, hubby saya mmg cerewet bab rasa masakan. Kalau masak mesti dapatkan the original taste. Banyak susah oooo.... Terima kasihlah kepada penyumbang resipi kerana sudi berkongsi resipi yang begitu komprehensif.
User Comment iaaini@resipi.net on Fri, Jan 25th, 2008 at 12:43 AM
Ada satu lagi cara utk buat nasi kerabu, kalau tak nak warna biru. Yg saya belajar dari mak adik ipar, iaitu nasi kerabu warna kuning. Tumbuk kunyit & ambil air perahan kunyit. Gaul atas beras yg nak di masak, baru masukkan air. Lepas tuh masukkan daun pandan & 1-2 batang serai. Nanti nasinya akan berwarna kuning & berbau harum.
User Comment jeni@resipi.net on Fri, Jan 25th, 2008 at 12:42 AM
semalam perut meminta nak makan Nasi Kerabu. So kita pun bongkar-bongkar resipi, jumpa resipi yang difwd bersama2 dengan resipi Puan Puti Mazura ni. Saya puasa so tak dapat nak merasa masa masak. Setakat ambik bau je hehehe. Lepas bukak posa, makan, waduhhhh .. sedappnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! Husband yang mula-mula ada doubt kita ni yang bukan orang kelantan ni masak nasi kerabu boleh ke jadi hehe. Tapi memang jadi la .. lagi sedap dari yang jual kat pasar malam la atleast hahaha. Sebabkan tak ada budu, kita replace guna belacan. Masak masak tumis budu @ belacan dia ada saspen juga hati ni sebab mcm kuat benar bau belacannya. Tapi bila dah makan dah campur2 semua bahan sambal2 dia rasa perfect. Nasi dia Jeni guna pewarna biru. Semalam dalam 2 titis je. Nampak pucat sikit. Lain kali nak tambah lagi setitik dua so dalan 3-4 titik gitu. Ulaman dia jeni ada sayur kobis aje jeni hiris nipis2 dan kecik2. Pastu Ikan salut tepung tak buat sebab masa tu badan dah pancit. So Jeni replace dengan Ayam Goreng biasa aje. I give this recipe a 5 stars ! Sape yang suka nasi kerabu harus cuba resipi ni :)
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Nasi Paprik
  2. Nasi Dagang Malaysia
  3. Lontong Goreng
  4. Nasi Cendawan
  5. Nasi Kerabu
  6. Bubur Lambuk Tanjung Keling
  7. Nasi Kerabu Goreng
  8. Paella (Spanish Rice)
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 469
Dimasukkan: 2006-11-04 11:20 AM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software