|

Sumber : Catherine Atkinson
Kiriman & Gambar : Jeni
Pastri (Shortcrust)
Bahan-bahan
225 g tepung serbaguna 1/4 sudu teh garam
115 g mentega sejuk, didadu
65 g lemak sayuran, didadu 60 - 120 ml air sejuk
Cara Membuatnya
1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaulkan mentega, lemak sayuran ke dalam tepung sehingga teksturnya menjadi macam breadcrumb. (gaul guna tangan saja, gentel-gentel mentega dan lemak sayuran tu dengan tepung)
2. Renjis sedikit demi sedikit air sambil gaul tepung tu. Kuantiti air yang digunakan bergantung kepada setiap keadaan ye bergantung pada suhu sekeliling dan macam-macam. Jadi masukkan sedikit-sedikit, gaul hingga tepung boleh dibentuk macam bola. Jangan lembab sangat dan jangan kering (berderai) sangat.
3. Selepas dibolakan, penyetkan adunan menjadi leper dan simpan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Selepas 30 minit, rollkan pastri sehingga ketinggian 3 mm. Untuk senang rollkan pastri antara 2 alas plastik supaya tak melekat kat rolling pin. Rollkan perlahan-lahan.
5. Sapu telur atas lapisan pastri tersebut.
6. Bakar pada suhu 190 Celcius selama 30 minit atau sampai pie kuning keemasan.
Inti Ayam
Bahan-bahan
Daging ayam
Mixed Vegie
Cendawan butang
Cream of Chicken (Chicken Soup dalam Tin)
Bawang besar dipotong dadu
Cara Membuatnya
1. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan tumis hingga agak masak.
3. Masukkan cendawan butang dan mixed vegie. Goreng seketika, jangan sampai layu.
4. Masukkan cream of chicken.
5. Rasakan dengan garam. |