Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Puding & Agar-agar > Puding Fruit Cocktail
Question Title Puding Fruit Cocktail

Sumber & Gambar : Baya 

Ini resepi fruit coctail mudah. Orang dulu dulu panggil kuih sejuk :)....

Bahan2 untuk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa).

Cara 

  1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuanmasak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. Jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.

Dan untuk custardnya pula. 

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara 

  1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat, akan perasan yg warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar. Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan. 

Fruit cocktail ni sedap dimakan sejuk :).

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 85714 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Puding & Agar-agar .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment lynnsham@resipi.net on Wed, Aug 27th, 2008 at 4:47 AM
Sebenarnya, dah lama saya nak cuba resipi ni sebab dah pernah makan. Kali pertama makan puding @ kuih sejuk ni di rumah kawan saya beberapa tahun lepas. Kawan saya order, jadi tak tahu resipinya.. Kali kedua makan di rumah sepupu Sham waktu Hari Raya tahun lepas. MIL dia buat, versi koko.. Ada minta resipi dari sepupu Sham, tapi dia lupa la tu.. saya pulak tak follow-up.. Sabtu lepas, saya cuba buat versi koko. Buat satu adunan. Lepas posing kan kuih sejuk, kami makan la.. lepas tu bawa semuanya ke rumah BIL sebab MIL ada kat sana.. Bila sampai rumah petang tu, Sham tanya ada lagi ke kuih sejuk.. Bila tengok stok semua bahan ada, saya terus buat lagi satu adunan. Kali kedua ni, saya buat 2 versi, asli (warna kuning) dan koko. Nampak gaya, kami lebih suka versi gelap.. he.. he.. he.. Terima kasih pada Baya yang sudi kongsi resipi.. suka sangat resipi ni.. mudah nak buat, sejuk dan lembut membelai tekak.. Kiranya, bulan puasa kali ni dah ada satu lagi resipi untuk berbuka la.. Gambar dan resipi saya sertakan sebagai rujukan.. jangan tak cuba!
User Comment wan-aniza72@yahoo.com on Sun, Sep 21st, 2008 at 10:31 AM
memang sedap,setiap kali b'day anak mesti buat..lincin..budak2 suka sgat..
User Comment edahabdullah@yahoo.com on Wed, Sep 17th, 2008 at 1:14 PM
Bila dicuba betul apa yang depa kata. Sedap dan mudah disediakan.
User Comment midnite_magic12@hotmail.com on Thu, Sep 4th, 2008 at 8:42 PM
sy dh cuba resipi ni. masak utk berbuka puasa... yelah.. mana nk cr bazaar ramadhan kt uk ni. resipi ni mmg senang nk buat. sesuai sgt utk di jadikan dessert masa berbuka. raya pun boleh... saya dan kwan sy ubah skit. tambah jagung dlm tin kt bhgn custard die tu. sedap bg yg suke puding jagung.
User Comment gandalph_wen@yahoo.com on Wed, Jul 16th, 2008 at 11:09 AM
Saya and adik buat resipi ni di malam pernikahan saya. Feedback yang saya dapat dari kwn2 n keluarga sebelah mertua, sangat sedap and teringat sampai balik. Memang laku!!
User Comment eviarema@gmail.com on Fri, May 23rd, 2008 at 5:58 AM
puding ini sangat mudah dibuat. segar dan enak sekali rasanya.
User Comment Rozfizal@yahoo.com on Fri, Feb 8th, 2008 at 4:55 AM
Puding ni mmg sedap dimakan & dihidangkan pada tetamu. Memang best.
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Puding Roti
  2. Puding Karamel
  3. Rainbow Marble Puding Blackmore
  4. Puding Buih
  5. Agar-agar Kek Coklat
  6. Agar-agar Berwarna Warni
  7. Puding Roti
  8. Agar-agar Kering
  9. Puding Karamel Nini
  10. Cocktail Jelly
  11. Puding Barbie
  12. Agar-agar Buah Telur
  13. Trifle Mas
  14. Banana Bread Pudding
  15. Puding Mangga
  16. Puding Cendol
  17. Puding Karamel Nora
  18. Puding Karamel Segamat
  19. Caramel Croissant Pudding
  20. Puding Karamel Ain
  21. Puding Blackmore
  22. Pandan Kaya Jelly
  23. Puding Karamel Junaimah
  24. Krim Karamel JD
  25. Caramel Durian
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 805
Dimasukkan: 2007-09-18 7:02 AM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software