Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Biskut > Biskut Samperit / Butter Cookies
Question Title Biskut Samperit / Butter Cookies

Sumber : Nor Aniza Omar

Bahan-Bahannya
180gm mentega (Golden Churn atau SCS)
180gm gula aising
3 biji telur
500gm tepung jagung (Brown & Polson-Cap Kupu-Kupu)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

1.       Kacau mentega dan gula hingga kembang dan ringan.

2.       Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata.

3.       Masukkan tepung jagung dan uli sehingga menjadi adunan lembut.

4.       Picitkan adunan dengan menggunakan nozzle aising yang sesuai di atas tin pembakar .

5.       Titikkan warna merah sebagai mata dragon. Biarkan biskut selama 2 jam sebelum dibakar.

6.       Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit(light brown).

Nota :

1.       Untuk menggelakkan doh dari cepat menjadi keras atau kering, tutup dengan menggunakan tuala yang lembap.

2.       Tinggalkan 2 jam atas loyang selepas di terap.(Supaya cookies sebati dan kembang sebelum di bakar. Jadi bila dibakar texturenya lebih cantik dan lembut.) Lepas tu baru bakar.

3.       Kalau malas nak tunggu 2 jam, terap dan terus bakar, hasilnya cookies ini, rasanya okay, tapi macam kuih samperit dan agak garing sedikit.

4.       Kalau nak jadi lembut dan rapuh (melt in your mouth), kenalah tunggu 2 jam.

5.       Kalau dohnya diperap 2 jam, nanti susah pulak hendak dipicit menggunakan nozzle (tepung jagung akan jadi kering / keras dan adunan kena uli lagi dan dicampurkan butter atau telur supaya jadi lembut kembali). 3. Ada juga resepi yang campur 2 - 3 sudu susu tepung tetapi ini bergantung kepada jenis butter yang digunakan, misalnya Buttercup. Kalau anda menggunakan butter Golden Churn atau SCS, tak payah letak. Nanti rasa susu sahaja dan cepat jelak.

 

Resipi dimasukkan oleh: Hanizah Abdul Latif Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 53322 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Biskut .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
There are no user comments for this question. Be the first to post a comment. Click Here
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Snowy Heart Cookies aka Biskut Cerelac
  2. Choco Batik / Shortbread
  3. Biskut Makmur
  4. Biskut Dahlia
  5. Lemon Cheese Nestum Biscuit
  6. Popia Mini
  7. Biskut Samperit Norazie
  8. Chocolate Treasure
  9. Milky Milk Chocolate Cookies
  10. Snow Heart Suji
  11. Biskut Cheese
  12. Iced Almond Biscuits
  13. Crunchy Honey Cookies
  14. Biskut Delite
  15. Chocolate Crackles
  16. Nescafe Cookies
  17. Peanut Butter Cornflakes Crunchy Bar
  18. Chocolate Slice
  19. Japanese Crisp Cookies
  20. Frambozen Kenari
  21. Pandan Classic
  22. Biskut Coklat Tak Ada Chips
  23. Bangkit Sagu
  24. Honey Chocolate Cookies
  25. Mumbo Roll Biskut
  26. Magic Peanut Butter Middles
  27. Chocolate Cappucino
  28. Biskut Orange Daisies
  29. Chocolate Viennese Fingers
  30. Biskut Royal jelly
  31. Coffee Shortbread
  32. Krenten Cookies
  33. Biskut Halia
  34. Apricot Sesame Cookies
  35. Biskut Rempah
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 98
Dimasukkan: 2006-09-25 7:55 PM
Rating: 3 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software