Pais Ikan Patin

Resipi pais orang Kuala Medang, Lipis, Pahang ~ Anim Penyulawa

Bahan

1 potong ikan patin segar – dibersihkan
4 sudu besar tempoyak
1 inci kunyit hidup
5 biji cili api
4 tangkai daun kesum – dihiris halus
garam secukup rasa

daun kunyit
daun pisang

Cara

  1. Lumatkan kunyit dan cili api. Campurkan ke dalam tempoyak. Gaulkan sekali hirisan daun kesum. Perasakan dengan garam.
  2. Susunkan daun kunyit, ambil separuh campuran tempoyak dan letakkan di atas daun kunyit. Letakkan ikan di atasnya. Tutupkan ikan dengan lebihan tempoyak tadi. Bungkus dengan daun kunyit tadi.
  3. Kemudian bungkus sekali lagi dengan menggunakan daun pisang. Bungkus kemas2 supaya bahan dalam tidak terkeluar.
  4. Panggang di dalam kuali dengan api perlahan sehingga masak.
Share
468 ad
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Leave a Reply