Cili Jeruk

Cili Jeruk ni saya buat sebelum buat Mee Hailam kat atas tu. Memang dari kecil-kecil cukup suka makan cili jeruk ni dengan apa-apa mee. Tengah type ni pun rasa kecur air liur haha. Method membuat cili jeruk ni ikut cara yang pernah Diana A tempekkan dulu iaitu dengan merebus dalam cuka. Cuma saya menambah air dan gula supaya cili jeruk ini tidak terlalu tajam dan masam. ~ Jeni Mokhtar

Bahan

5 – 6 batang cili
1 cawan cuka
1 cawan air
Gula secukup rasa

Cara

  1. Potong serong cili. Buangkan bijinya supaya cili jeruk tidak berasa pedas.
  2. Rebus campuran cuka dan air sehingga mendidih. Perasakan dengan gula. Sukatan cuka dan air juga boleh diadjust mengikut tekak masing-masing.
  3. Masukkan cili potong tadi.
  4. Padamkan api setelah cili tadi berubah warna.
  5. Masukkan dalam balang yang kejap.
Share
468 ad
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...


Leave a Reply