Sambal Cili Hijau

Disebabkan banyak stok cili hijau di rumah, saya pun mencari resipi sambal cili hijau untuk dicuba. Terjumpa resipi ini dan terus saya cuba. Memang sedap resipi ini. Resipi yang akan saya simpan untuk anak cucu :D ~ Jeni Mokhtar

Sumber : http://hungryc.wordpress.com/tag/sambal/

Bahan

5 biji lada hijau
6-7 biji cili pade
2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb ikan bilis
1 sdb minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara

  1. Stimkan kedua2 cili sampai lembut.
  2. Tumbuk semua bahan. Biarkan kasar.
  3. Panaskan minyak masak, tumis bahan2 tumbuk sampai pecah minyak. Perlahankan api dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Rasakan dengan garam dan gula.

Nota

Saya makan bersama nasi yang juga berlaukkan ayam goreng dan sayur taugeh masak lemak. Memang kena kombinasi ini.

Share
468 ad
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Leave a Reply