Month: March 2020

Pasta Bake Ayam Kepci

Pasta Bake Ayam Kepci

Semalam hari membeli barang-barang dapur setelah 2 minggu tak keluar. Selepas habis memborang umminya dah tak larat nak masak. Pagi sebelumnya dah goreng nasi. Nasi goreng pun dah nak habis. Jadi saya mengoffer anak untuk order take-out sahaja. Memandangkan kalau KFC semua anak-anak boleh makan,…

Kuih Bakar Pandan

Kuih Bakar Pandan

Hari ini saya mencuba resipi kuih bakar pandan yang telah dikongsikan oleh member RNet Roz Othman dan Norhayati Basri. Resipinya senang sangat hanya menggunakan blender untuk mengisar semua bahan dan kemudian boleh terus dimasukkan ke dalam loyang untuk dibakar. Masa yang digunakan untuk membakar kuih…

Roti Bawean (Boyan)

Roti Bawean (Boyan)

Kiriman : Kamisah Kassim
Tarikh : 24 Mei 2007

Kepada teman2….ini roti boyan (bawean). Roti ni memang seDDAP…di makan dengan sambal tumis ikan bilis . Tadinye masa baru2 nak buat roti ni …. terkial2 juga…tk tau samada nk goreng dengan minyak banyak atau goreng dgn sikit minyak…, tapi dengan pertolongan teman2 yang baik hati, akhirnya…jadi juga… Timakasih pada Z,waty,su (2 su),rose…  

ROTI BAWEAN

Sumber :  Zahara Sudi

BAHAN:

1 kg tepung gandum
400 ml air hangat
100 ml minyak sayur (misa guna butter cair)
1 st baking poder
1 st gula
1/2 st garam 

INTI:

600 gm kentang (6biji) – rebus,kupas kulit dan lecek
4-5 biji telor
100 gm daun sup(potong kecil2)
3 labu bawang besar(potong dadu)  

CARA:

  1. Satukan air suam,minyak,baking poder,gula,garam (kacau rata)
  2. Masuk tepung sikit demi sikit sambil di adun jadi doh lembut.
  3. Ambil sekepal adunan  dibulatkan – buat begini hingga selesai dan perap setengah jam. 
  4. Gmbr 1 : Ambil sebuku doh yg dah di perap, canai atas papan/loyang…lebarkan doh sambil di tarik kepinggir loyang 
  5. Gmbr 2 dan 3 : Mulakan dari tepi doh,kumpulkan hingga jadi gelungan panjang (spt dlm gmbr)lilitkan doh macam sanggul. 
  6. Gmbr 4 dan 5 : Canai semula doh yg dah di lilit tadi kira2 1/2cm tebal.bubuh secukup inti.Ambil lagi sekeping doh yg sudah di canai, lapik atasnye….dan kelim tepi2 macam kelim epok2.Goreng atas api kecil…minyak jangan terlampau panas sambil di trbalik2kan beberapa kali hingga masak .
  7. Gmbr 6 : Hidang roti dengan sambal tumis ikan bilis
Instant Puff Cranko

Instant Puff Cranko

Kiriman : Mak Lang AzieSumber : Lynn Mohd @ Cranko21Tarikh : 11 Nov 2005 Ni ada resepi mudah dan simple jer.Manalah tau kot2 ada tetamu yg datang mengejut macam bidan terjun…Maklang buat puff sardin.Balik kije nanti nak buat puff bilis pulak. Bahan asas yg diperlukan:- Roti prata/roti canai segera-biarkan lembut skit…

Stew Daging

Stew Daging

Ini menu yang dibuat semalam. One pot meal orang cakap. Daging sayuran semua masak sekali. Saya guna periuk masak atas dapur. Jadi lama juga nak tunggu dagingnya empuk. Kalau ada instant pot atau pressure cooker bolehlah guna yang itu. Seperti biasa sampai malam tinggal sikit…

Sawi Sos Tiram

Sawi Sos Tiram

Beberapa hari lepas saya membeli stok sayur-sayuran untuk dimakan semasa MCO ini. Antaranya sawi, kentang, kobis dan cili. Disebabkan sawi cepat rosak jadi kita masak sayur sawi ini dulu. Resipi ini memang menjadi favourite keluarga saya sejak kami makan di Chicken Rice Shop. Nak buat sangat senang dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Boleh juga diganti dengan sayur kailan.

Sumber : Jeni
Tarikh : 23 Mac 2020

Bahan-bahan

12 batang Sayur sawi 
3/4 ulas bawang putih dicincang
3/4 sdb sos tiram
Air
Minyak/minyak bijan

Cara membuatnya

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Celur sayur sawi agak-agak sehingga batang putihnya agak lembut.
  3. Toskan dan rendam ke dalam air ais untuk memberhentikan proses masak sayur itu dan untuk maintainkan warna hijau sayur tu yang cantik.
  4. Toskan sekali lagi dan masukkan ke dalam pinggan.
  5. Di dalam kuali, panaskan minyak dalam 2/3 sudu.
  6. Tumis bawang putih sehingga garing keperangan.
  7. Masukkan sos tiram dan kacau.  
  8. Masukkan sedikit sahaja air. Kuah sos tiram harus pekat.
  9. Tuangkan sos ini ke atas sayur yang telah ditos tadi.
  10. Siap untuk dimakan.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Chicken Fajita Pasta

Chicken Fajita Pasta

Semalam anak-anak request tak nak makan nasi. Cari dalam almari ada sebungkus pasta macaroni. Dan hari tu ada test buat sendiri rempah fajita. So saya pun merayap di pinterest cari apa yang boleh dibuat dengan benda-benda ni. Terjumpalah resipi Chicken Fajita Pasta. Saya tengok beberapa…

Lempeng Lembut

Lempeng Lembut

Hari ni saya buat lempeng awal-awal pagi lagi sebab sekolah anak-anak akan start online class pukul 9 pagi setelah 1 minggu sekolah tutup. Kuah saya guna lauk ayam masala semalam yang masih berbaki lagi. Lempeng ini lembut ala-ala crepe. Sesuai sangat dimakan dengan kuah-kuah kari,…

Roti Jala

Roti Jala

Roti Jala ini memang kegemaran anak-anak saya. Kalau ada roti jala memang tak makan benda lain dah. Saya perasan dalam chest freezer saya ada satu bekas kari ayam frozen yang saya buat beberapa minggu lepas. Jadi semasa MCO ini kita masaklah apa yang ada. Gali-gali peti ais jumpa harta karun macam-macam.

Saya share resipi roti jala yang selalu saya buat.  Resipi asal saya guna santan serbuk sebab semasa saya tinggal di Riyadh, santan segar susah nak dapat dan santan dalam tin pun mahal sikit. Yang banyak hanyalah santan serbuk dan harga pun tak lah murah mana. Tapi untuk MCO ini saya kurangkan apa-apa yang boleh. Untuk resipi MCO ni saya tak letak pun santan dan telur saya kurangkan satu biji. 

Saya menggunakan botol roti jala untuk buat roti jala ni. Yang ada 5 lubang tu. Sebenarnya kepekatan bancuhan ini juga bergantung kepada bekas yang kita guna untuk mengirai roti jala tu. Jadi kalau bekas lain mungkin perlu adjust sikit sukatan air atau tepungnya. Kena cuba jaya ya. Saya suka gunakan botol tu sebab tak comot meleleh merata. Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 40 keping roti jala.

Sumber : Jeni

Bahan-bahan

320 gm tepung
600 ml air 
4 sdb santan serbuk
1 tsp garam
1/2 tsp serbuk kunyit
2 biji telur
Sedikit minyak

Cara

  1. Masukkan air ke dalam blender.
  2. Masukkan garam dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan tepung sikit demi sikit dan masukkan telur dan santan serbuk semasa masukkan tepung tu.
Cinnabon Cinnamon Rolls Copycat

Cinnabon Cinnamon Rolls Copycat

Cinnamon Roll ni anak saya Alysha yang buatkan. Umur Alysha hujung tahun ini 15 tahun. Masyaallah tabarakallah. Rajin baking senang hati maknya sebab maknya tak berapa pandai bab baking ni. Resipi asalnya dia cari di pinterest. Bun yang terhasil saya rasa memang lebih kurang cinnabon.…