Month: March 2020

Coney Dog

Coney Dog

Sumber : Sandra@AllrecipesTarikh : 28 Mei 2007 Assalamualaikum,saya sangat teruja ni. Baru lepas try resipi ni. Hehehehe. Saya memang suka makan Coney Dog. Jadi semalam surf-surf cari resipi Coney Dog Sauce. Bila tengok resipi2 yang ada nampak macam sempoi habis. Mula la rasa was-was. Takkan…

Donut Suria

Donut Suria

Sumber : Suria InsaniTarikh : 2005 Bahan A 3 cawan tepung3 tbsp tepung susu – guna yg dijual kat kedai bakery, as advised by sifu3 tbsp shortening3 tbsp gula pasir halus – saya biasa guna gula kaster Bahan B 200 ml air suam*2 tsp instant…

Kaswi Blackmore

Kaswi Blackmore

Hari tu beli kaswi keras plak..tak sedap…sudahnya intai2 resepi mana kaswi yg best…tertarik di hati nak cuba blackmore punya kaswi…fback memberansangkan jadi terajin plak buatlah kaswi ni malam tadi. – Mak Lang Azie

Kiriman : Mak Lang Azie
Sumber : Blackmore
Tarikh : 5 Julai 2007

Bahan

1 cawan gula
1 ketul besar gula melaka
5 cawan air
1 1/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong kanji
1/2 cawan tepong beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (to give u that perfect brown color)
Daun pandan
Loyang yang disapukan ngan sedikit minyak makan

Cara

  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan tadi. Masak hingga gula larut kemudian tapis dan ketepikan. Kemudian masukkan baki 3 cawan air tadi agar campuran ini lekas sejuk.
  2. Bila ianya sejuk masukkan tepung-tepung tadi dan kacau rata. Masukkan air kapur dan chocolate paste dan kacau rata. Kemudian tapiskan adunan ini. Kalau ada ketulan-ketulan tepung ditapis. Korang pandai2lah larutkan ianya…heh.
  3. Bila dah tapis tanakkan sebentar mixture nie dengan api perlahan selama 5 minit jer dah ok. Mesti kacau selalu campuran ini kemudian masukkan dalam loyang dan kukus for 45 minits. Setelah ianya masak, permukaan kuih nie selalunya lembab sedikit apabila ia panas, ambil kertas kitchen roll dan just gently dab dry permukaan kuih ni. Biarkan ianya sejuk sebelom memotongnya menggunakan pisau plastic.
  4. Kalau korang pakai acuan yang kecil2 tu, lapkan acuan nie ngan minyak dan biarkan dalam kukusan for few minits. Kemudian tuang campuran ke dalam bekas itu. Kukus for about 10 minits.

FEEDBACK

Maklang – 1st emulco pun dah memadai. Takde terasa sangat emulco tuh kat kuih. Ada orang letak kicap dlm kaswi. Ok gaklah sapa nak try buh kicap tuh hehe.  Walaupun masuk fridge, kaswi ni maintain lembutnya.

Kuih Bakar Labu

Kuih Bakar Labu

Selepas anak2 buat revision (monthly test this week), dah jam 10.45 malam. Labu dah kukus, kalau di simpan dalam peti sejuk, lagi bertangguh la nanti, jawabnya cik tong la yang kenyang, gagah kan juga nak membuatnya, kacau, kacau, kacau, masuk oven jam 11.15 mlm, siap jam 12.30 mlm.…

Creamy Tomato Pasta

Creamy Tomato Pasta

Semalam saya cuba nak buat pasta yang macam saya makan di restoran Vivo, creamy tomato pasta. Di Vivo pastanya ada hirisan mushroom sahaja. Disebabkan kita masak sendiri jadi kita tambahlah apa-apa yang patut nak bagi lagi sedap di tekak kita. Google-google di pinterest dan tengok…

Acar Ikan Masin Bunga Kasturi

Acar Ikan Masin Bunga Kasturi

Malam tadi berpandukan resipi dari Cik Bunga ( terima Kasih )..saya try and error resipi nie ( sebab takde quantiti ). Aduuiii…selalu saya tak makan malam.Diet la konon..Malam tadi ambilsesenduk nasi…pastu tambah lagi sesenduk..tak tahan … My hubby pun dua tiga kali tambah… selalu masak sepot pun berlebih…semalam licin …kekekekke Kami padankan dgn nasi putih, rebung (fresh ) rebus manis dan sambal tempoyak…

Suzana Hashim

Kiriman dan olahan resipi : Suzana Hashim
Resipi Asal : Bunga Kasturi
Gambar : Lynn Sham
Tarikh : 27 Julai 2006

Bahan-bahan

1 peket isi ikan kurau ( rm3.50 )

Bahan-bahan dikisar halus

10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup


Bahan-bahan digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus

1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan pedas
1 sudu kecil biji ketumbar

5 biji bawang merah di belah 2
5 biji bawang putih di belah 2
5 biji cili padi ( nak pedas tambah le lagi)

Daun kari
2 sudu gula merah
2 sudu gula pasir
Cuka

Cara

  1. Goreng separuh masak isi ikan masin kurau dan ketepikan.
  2. Tumis daun kari dan bahan-bahan yang di blend hingga naik minyak.
  3. Masukkan rempah-rempah yang di tumbuk tadi dan gaul sebati.
  4. Masukkan gula merah + gula pasir dan cuka.
  5. Masukkan bawang kecil, putih dan cili dan isi ikan kurau.
  6. Masukkan air dan biar dia kering.
  7. Rasa le dan tambah apa yang kurang…heheheh

FEEDBACK

KMid RN – Semalam sj bagi ikan kurau masin yang kawan belikan kat Kemamam last Sunday. so semalam kak mid buat acar ni ikut resipi yang sj printkan.  so malam tadi dinner time baru keluarkan. sampai sekarang ni masih terasa-rasa kesedapan dan keenakan acar tu……. kak mid kawankan dengan daging goreng nipis.

Lynn Sham – Hari ni sempat saya cuba resipi dari Bunga Kasturi tapi saya ikut sukatan yang Suzana berikan (Tq Zana sebab memudahkan kerja! he.. he.. he..).  Sebenarnya nak buat semalam tapi Sham dah tersilap beli ikan ie. beli isi ikan kurau yang fresh bukan yang masin. Mudah membuat acar ikan masin ni.. tengoklah hasilnya seperti dalam gambar yang saya sertakan.  Acar ni akan jadi hidangan untuk berbuka puasa esok bersama beberapa ahli keluarga yang lain.

Kek Prune Kukus Leen

Kek Prune Kukus Leen

Hari nie sy nak share prune cake resipi yg sy br buat smlm.. resipi asalnye sy dpt dr rest pak amir tapi saya cuba olah & kawinkan balik jadi camni. pd saya mmg cukup moist & tak terlalu manis, rasanya ala2 fruit cake & lepas nie mmg…

Mac & Cheese Dee

Mac & Cheese Dee

Ini lagi satu resipi yang meletup di RNet yang dikongsikan oleh Puteri Dee. Nak buatnya sangat simple. Ia tak macam resipi macaroni bakar yang biasa yang mana kita boleh potong ya. Yang ini kita ceduk makan dengan sudu. Senang nak buat dan enak untuk dimakan.…

Paru Berlada

Paru Berlada

Weekend lepas saya plan nak buat paru berlada ini untuk dimakan bersama nasi lemak. Tetapi setelah siap nasi lemak, saya pun nak kepenatan nak masak paru pulak. Jadi paru ni saya masak sehari selepas masak nasi lemak tu dan makan dengan nasi putih biasa sahaja. Masak lada ni saya selalu buat juga untuk terung berlada dan ayam goreng cili. Sedap masak ladanya sebab ada rasa ikan bilis tu. Enakkk.

Jeni

Sumber & Gambar : Jeni

Bahan-bahan

300 gm paru
10 batang cili merah
2 biji bawang besar
2 keping asam keping
1 kiub ikan bilis / 1 sdb serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Minyak.

Cara

  1. Rebuskan paru selama 45 minit atau sehingga lembut. Angkat dan toskan. Bila sejuk potong kecil dan hiriskan nipis-nipis. Gaul dengan garam kunyit.
  2. Kisar kasar cili merah dan bawang besar. Saya kisar menggunakan food processor.
  3. Tuang minyak ke dalam kuali dan goreng paru tadi. Terpulang nak goreng sampai garing atau tidak. Angkat paru tersebut.
  4. Di dalam minyak yang sama tumis campuran cili merah dan bawang. Kalau minyak gorengan paru tadi banyak sangat boleh ceduk keluar. Masukkan asam keping.
  5. Tumis sehingga campuran cili dan bawang sudah agak kekuningan. Masukkan kiub/serbuk ikan bilis. Kacau sedikit.
  6. Masukkan paru yang sudah digoreng tadi. Gaul rata kesemuanya.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Siap.
Talam Ubi Kayu

Talam Ubi Kayu

Kiriman : Rose MalikSumber : RozzanTarikh : 16 Julai 2007 Bahan- Bahan Lapisan Bawah 700 gm Ubi kayu yang telah diparut200 ml air (paip)* Gaulkan kedua2 bahan ini lalu ditapis sebentar dan ambil sagunya. 180 ml air210 gm gula melaka150 gm gula pasir * Masak…