Month: May 2020

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Resipi ini memang menjadi favourite saya dari dulu. Gambar yang ini pun dari gambar lama 10 tahun dulu semasa tinggal di Riyadh. Terima kasih buat Puan Noraini yang berkongsi resipi dengan detail sekali. NASI KERABU ISTIMEWA NORAINI Kiriman : Jeni Sumber : noraini@antara1.po.my Bahan dan Penyediaan NASI…

Sugar Cookies

Sugar Cookies

Acuan ini saya beli dah dekat 2 tahun rasanya. Tapi tak pernah lagi merasmikannya. Jadi saya pun cari-cari resipi untuk stamped cookies. Yang ini nampak simple jadi saya pun cubalah. Rasanya biasa-biasa sahaja. Ala-ala shortbread macam tu. Next time nak cuba yang ada perisa peanut…

Cookies & Cream Cheesecake

Cookies & Cream Cheesecake

Ini cheesecake yang tak perlu dibakar. Cuma chillkan sahaja. Dibuat pada 30 September 2008 dulu.

Cookies and Cream Cheesecake

Sumber : The Australian Women’s Weekly (Chocolate 70 wicked recipes)

Bahan-bahan

250g biskut coklat
150g mentega cair
2 tsp gelatin
1/4 cawan air / 60 ml air
360g cream cheese lembut
300ml cream (whip cream dalam kotak)
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan gula castor / 110g gula castor
180g white eating chocolate, melted (saya guna white cooking chocolate)
150g cream filled chocolate biscuits, potong
450g dark eating chocolate, melted (saya guna cooking chocolate biasa)

Cara

  1. Lapikkan dasar loyang springform dgn kertas minyak.
  2. Blendkan biskut coklat di dalam food processor sehingga berupa seperti breadcrumbs. Masukkan mentega dan gaul hingga sebati. Tekankan adunan biskut ini pada dasar loyang dan kelilingnya agak2 3 cm tinggi. Coverkan dengan aluminium foil dan sejukkan dalam peti ais.
  3. Satukan gelatin dan air dalam bekas kalis panas. Letakkan di dalam frying pan yang diletak air. (Lebih kurang macam kaedah steambath). Kacau sehingga gelatin itu larut.
  4. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese, whip cream, esen vanilla dan gula sehingga sebati. Masukkan gelatin dan white chocolate dan gaul. Masukkan biskut dan gaul perlahan.
  5. Tuangkan bancuhan ini dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Sejukkan dalam peti ais selama sekurang-kurang 3 jam. Kalau semalaman lagi bagus.
  6. Sebelum hidang, drizzlekan dengan dark chocolate.
Sambal Goreng Jowo Kak Su

Sambal Goreng Jowo Kak Su

Assalamualaikumu & Salam Sejahtera .. Selain set Nasi Briyani, sempat juga saya cuba resipi Sambal Goreng Jawa ni.  Saya gunakan resipi dari Kak Su (Toshiba) sebagai panduan.  Senang sebab ada sukatan.  Tetapi..  a)  saya gantikan tetelan dengan daging dan kurangkan kuantitinya kerana b)  saya tambah paru dan hati + mempedal ayam – ceduk…

Strawberry Custard Slice

Strawberry Custard Slice

Resipi yang saya cuba tahun 2011 dahulu. Macam fruit tart tapi versi nak cepat.  Kiriman : JeniSumber : Australian Women’s WeeklyTarikh : 19 Disember 2011 Strawberry Custard Slice Bahan-bahan 2/3 cawan (160 ml) susu segar1/2 cawan (125 ml) pouring cream – saya guna whipping cream1…

Rasam, Sambal Kelapa & Ikan Masak Ladop

Rasam, Sambal Kelapa & Ikan Masak Ladop

Saya nak kongsi resepi menu makan siang semalam. Kuah Rasam, Sambal Kelapa dan Ikan Masak Ladop (ni masakan org India, arwah bapa yg selalu masak) 

Sumber : Zahara Bee
Tarikh : 10 Ogos 2008

Rasam

Bahan kisar:
1 sdm jintan kasar
1 sdm jintan halus
1 sdm lada hitam
2 labu bawang besar (sedang)
2 ulas bwg putih
Sedikit halia dan kunyit

Air asam
Daun kari
Garam secukup rasa

Cara:

  1. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan air asam dan tambah air mengikut cita rasa, biar mendidih.
  3. Masukkan garam.Rasa lah kalau dah cukup asam garam, matikan api, siap dihidang.

Sambal Kelapa
1/2 biji kelapa parut (disangar sebentar saja)
1 bwg besar
1 bwg putih
Sedikit halia
Sedikit air asam (pekat)
Daun pudina (dlm segenggam)
2 biji lada hijau
Sedikit garam

Cara:

  1. Semua bahan2 ni dikisar. (kalau di giling lagi sedap, sekarang batu giling pun dah tak ada kat rumah ni)
  2. Siap utk di hidang.

Ikan Masak Ladop

5 keping ikan tenggiri (di goreng lembab)
3 biji tomato (dihiris nipis) kalau suka boleh tambah lagi.
2 sdm cili kisar2 bwg besar ) di kisar
2 bwg putih ) halus
1 sdt serbuk jintan halus
1 sdt serbuk jintan kasar
1 sdm tomato puree
Sedikit daun pudina dan daun ketumbar (daun ketumbar tak ada stok, jadi saya tak guna)

Cara:

  1. Tumis bawang putih, bwg besar, cili kisar, jintan hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan tomato dan tomato puree dan tambah sedikit air. Masak hingga tomato layu dan masukkan ikan goreng.
  3. Tambah sedikit air (ikut kepekatan yg di mahu, lauk ni lebih kurang macam sambal jgn cair sgt). Kemudian masukan daun pudina dan ketumbar.
  4. Siap.

Nota: Masak Ladop ni juga boleh gunakan daging, ayam atau udang dan boleh di tambah kentang. Sedap dimakan dgn nasi, roti atau lontong.

Pesamah Daging

Pesamah Daging

Semalam cuba resepi pesamah daging ni. saya guna daging kambing. kalau nk tukar ngan aym pun boleh.. sangat la senang nak masak. sedap jugak kalau buat colek roti arab. agak-agak bosan dengan rendang, memang patut cuba pesamah ni Kiriman : AslindaSumber : Mingguan wanita bil:1377Tarikh :…

Rendang Pucuk Ubi

Rendang Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Inilah rupa rendang pucuk ubi yang saya buat semalam..Pucuk ubi ni N9 mari.. dah beberapa kali beli kat sini tapi jauh lebih banyak daun ubi tua dari pucuknya.. tu pesan kat adik bawakan semalam sebab jumpa adik kat rumah pengantin lelaki (pengantin…

Mee Kantonis

Mee Kantonis

Resipi ini saya cuba semasa saya tinggal di Riyadh dulu. Dah lebih 12 tahun dah usianya. Saya postkan semula buat kenangan dan simpan dalam resipi.net.

Tarikh : 26 Februari 2008

Semalam dah bosan makan nasi, saya try buat mee ala-ala kantonis, ala-ala sizzling, ala-ala chinese. Saja lah try-try. Hasilnya encik suami suka, dia kata ada iras-iras Yee Mee Claypot yang dia makan kat foodcourt kat Msia selalu tu. Actually nak tambah cendawan ke carrot ke apa2 pun boleh. Cuma yang kat atas tu je stok yang ada kat rumah ku 🙂

Selamat mencuba.

Mee Kantonis

Bahan-bahan

Tagliatelle (Sejenis pasta yang leper2 nipis, kecik sikit dari fetuccini, gambar attached. Kalau kat msia boleh la guna yee mee yang kering tu)
1 ulas bawang putih
3 cawan stok ayam (saya rebus rangka ayam)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sdb tepung jagung dibancuh sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya

  1. Tumbuk bawang putih hingga pecah. Di dalam periuk kecil tumis dengan minyak yang sedikit hingga garing.
  2. Masukkan stok ayam dan mee. Mee ni kering jadi masak hingga lembut.
  3. Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. (Kelikatan mee sebenarnya terpulang pada citarasa masing2)
  5. Pecahkan telur ke dalam mee.
  6. Angkat. Masukkan dalam mangkuk dan tabutkan daun bawang dan bawang goreng.
Chocolate Mousse Cheesecake

Chocolate Mousse Cheesecake

Kali ini Kak Obit cuba buat cheesecake pula. Resipi seperti biasa dia cari dari pinterest. Di sebabkan tak cukup bahan Kak Obit buat separuh adunan sahaja. Dia gunakan loyang comel 6 inci. Just nice bila tuang sikit lagi nak cecah atas rim loyang tu. Dalam…