Kali ini Kak Obit cuba buat cheesecake pula. Resipi seperti biasa dia cari dari pinterest. Di sebabkan tak cukup bahan Kak Obit buat separuh adunan sahaja. Dia gunakan loyang comel 6 inci. Just nice bila tuang sikit lagi nak cecah atas rim loyang tu. Dalam resipi asal, masa yang disyorkan untuk membakar cheesecake ini dalam 60 minit. Tetapi Kak Obit check selepas 60 minit masih belum set. Maksudnya bila dia gegar-gegarkan loyang tu dalam oven, adunan cheesecake tu masih bergegar semuanya di dalam loyang. Jadi dia sambung lagi bakar kejap-kejap check, kejap-kejap check. Mak dia dah tak konfiden kek tu menjadi haha. Akhirnya dekat 2 jam juga membakarnya. Bila goyang last tu nampak macam bahagian tengah saja yang bergegar. Kita off oven biarkan dia dalam oven dulu. Bila dah agak sejuk, kami tutup atas loyang tu dengan aluminium foil. Masa habis bakar ni dah lepas masa berbuka. Jadi cheesecake ini duduk sehari semalam lah dalam peti ais.
Esoknya semasa tengahari Kak Obit buatkan chocolate ganache untuk cheesecake semalam. Dia keluarkan cheesecake tu dari loyang. Alhamdulillah kek kukuh tak lembik. Dia tuang chocolate ganache tu atas cheesecake tu. Nampak berlemuih jugala tapi okla. Lepas tu dia masukkan ke dalam peti ais semula. Saya masa ni masih tak tempted nak makan lagi sebab sebelum ni pernah buat sendiri chocolate cheesecake tapi tak menjadi dan rasa pun tak menepati selera. Selepas berbuka puasa, selepas makan nasi, Kak Obit nak test cheesecakenya. Saya baru nak ambil wuduk nak solat maghrib, Kak Obit muncul depan pintu cakap. Ummi sedapnyaaa. Sambil muka macam bangga-bangga gitu. Sebab anak dah buatkan so saya pun rasanya. Ohmaii … memang sedapnyaaaaa huhuhuhu. Oklah ummi tak gelakkan Kak Obit lagi haha. Satu family makan kek tu. Makanlah bercatu masing-masing sebab loyang kecik saja 6 inci. Kak Obit kata nak buat lagi nanti. Ummi cakap tunggu rayalah pula. Bahaya makan manis-manis ni selalu.
Chocolate Mousse Cheesecake
Kiriman : Jeni
Sumber : Tasty
Bahan-bahan
Crust
20 keping biskut oreo
1/4 cawan brown sugar (55 gm)
7 sdb mentega yang dicairkan
Cheesecake
905 gm cream cheese pada suhu bilik
115 gm milk chocolate chip
1 sdb serbuk koko
1 1/2 cawan gula (300 gm)
2 sdt esen vanilla
4 biji telur
1 1/2 cawan whipping cream (360 ml)
1/4 cawan gula ising (30 gm)
Chocolate Ganache
455 gm milk chocolate chip
2 cawan whipping cream dipanaskan (480 ml)
Cara Membuatnya
- Masukkan biskut oreo ke dalam satu beg plastik dan hancurkan menggunakan rolling pin. Sebenarnya saya beli sahaja oreo crumbs ada dijual di Village Grocer hari tu.
- Masukkan orea crumbs ini ke dalam mangkuk bersama mentega cari dan brown sugar. Gaul sampai kelihatan macam pasir basah gitu.
- Tuangkan campuran di atas ke dalam loyang springform 9 inci. Tekan-tekan sampai rata.
- Masukkan ke dalam peti ais seketika.
- Di dalam mangkuk lain, masukkan cream cheese, chocolate yang telah dicairkan, serbuk koko dan gula. Gaul rata dengan spatula atau dengan menggunakan mixer sehingga sebati.
- Masukkan esen vanilla dan telur dan pukul sehingga adunan nampak smooth dan berkilat.
- Di dalam mangkuk lain, campurkan whipping cream dan gula ising. Pukul sehingga dapat tekstur soft peak.
- Masukkan adunan whipping cream ini sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan cream cheese tadi. Gaul secara lembut ya jangan overbeat.
- Kemudian masukkan adunan ini ke dalam loyang springform tadi. Ratakan permukaan dengan spatula. Kemudian gegarkan sikit loyang untuk keluarkan udara-udara yang terperangkap dalam adunan.
- Panaskan oven kepada suhu 150 Celcius.
- Balutkan bahagian bawah loyang dengan aluminium foil. Kalau nak selamat balutkan 2 lapisan.
- Kemudian masukkan loyang ini ke dalam satu loyang yang lebih besar. Lapikkan loyang adunan dengan 2 keping tisu dapur.
- Aluminium foil itu dibalut untuk mengelakkan air termasuk ke dalam loyang sringform tu manakala tisu tu bertujuan untuk menyekatakan suhu di bawah loyang tu.
- Isikan loyang besar dengan air panas setinggi 1 inci.
- Bakar pada suhu 150 Celcius selama 60-70 minit. (Tapi saya bakar sampai dekat 2 jam juga. Saya suggest selepas 70 minit tu check la selalu, gegarkan loyang untuk tengok adunan dah set ke belum)
- Tambah air panas di loyang besar jika perlu.
- Cheese cake tu dah ready kalau anda gegarkan loyang tu hanya bahagian tengah sahaja bergegar.
- Setelah sejuk masukkan ke dalam peti ais supaya kek mengeras. Kami sejukkan seharian sebab bulan puasa. Kalau bulan tak puasa kami suggest sejukkanlah semalaman. Esok pagi boleh buat ganachenya.
- Tuang ganache yang dah siap ke atas kek.
- Masukkan semula ke dalam peti ais untuk mengeraskan ganachenya.
- Untuk potong kek, gunakan pisau yang direndam dengan air panas dan kemudian dilap dengan kain. Untuk nampak smoothlah potongannya.
- Sentiasa simpan cheesecake ini dalam peti ais ya. Bila nak makan sahaja keluarkan dan potong.
- Teksturnya memang lembut sebab nama pun moussekan. Jadi tak boleh duduk luar lama-lama nanti lembik.
Cara membuat Ganache.
- Panaskan whipping cream dan tuangkan chocolate chip ke dalamnya dan gaul rata.