Month: May 2020

Homemade Burger Patties

Homemade Burger Patties

Kali ini saya nak share pula resipi homemade burger kegemaran ramai. Resipi ini saya dapat dari group MAHN. Tetapi masa tu terlupa nak save nama tuan punya resipi. Dari burger patties ni bolehlah buat bermacam-macam jenis burger, burger speciallah, burger prosperitylah, cheeseburgerlah dan macam-macam lagi.…

Roti Subway

Roti Subway

Untuk mempelbagaikan masakan meatball yang dibuat hari tu, saya cuba pula satu lagi resipi bun untuk makan meatball sub ala-ala roti subway tu. Resipi ini cari di pinterest juga. Hasilnya sangat memuaskan hati. Masa lepas bakar memang keras permukaan luar rotinya. Tapi bila dah sejuk…

Bebola Daging Chef John

Bebola Daging Chef John

Beberapa hari lepas saya telah mencuba resipi meatball yang paling banyak rating di website allrecipes. Meatball tersebut saya makan dengan pasta. Dan masih ada bakinya. Jadi hari selepasnya saya makan dengan roti pulak. Ala-ala meatballs sub kat Subway. Untuk kali ini saya share dulu resipi meatballnya ya.

Bebola Daging Chef John

Kiriman : Jeni
Sumber :Allrecipes.com

Bahan-bahan

1/3 cawan serbuk roti (saya gunakan panko breadcrumbs)
1/2 cawan susu segar
2 sdb minyak zaitun
1 biji bawang besar potong dadu    
907 gm daging kisar
2 biji telur
1/4 cawan daun parsley dicincang
3 ulas bawang putih didadu
2 sdt garam1 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt chili flakes
1 sdt italian seasoning
2 sdb serbuk parmesan

Cara

  1. Rendamkan serbuk roti dengan susu segar selama 20 minit.
  2. Tumis bawang dengan minyak zaitun sehingga bawang warna jernih.
  3. Di dalam mangkuk besar, masukkan daging, campuran serbuk roti dan ke semua bahan lain.
  4. Gaul sehingga sebati.
  5. Griskan loyang pembakar.
  6. Bentukkan bebola daging agak-agak saiz bola golf. Akan dapat dalam 30 biji bebola daging.
  7. Panaskan oven kepada suhu 220 Celcius.
  8. Bakar selama 10 minit kemudian balikkan meatball tersebut satu per satu.
  9. Sambung bakar lagi 10 minit dan keluarkan.

Setelah masak saya masukkan bebola daging ini ke dalam kuah pasta dan merenehkan kuah tersebut beberapa lama supaya kuah dan meatballnya meresap rasanya. Kuah pasta yang ini saya guna yang segera sahaja.

Kuih Lopes Tradisional

Kuih Lopes Tradisional

Berikut adalah kompilasi beberapa resipi kuih lopes tradisional yang telah dikongsikan di dalam group Resipi.net. Kuih Lapis Bonda Sumber : Hanny Bahan utk kuih lopes: 250g beras pulut (saya guna brand Floral je)Daun pisang (dilayukan)TaliAir (untuk merebus + sedikit garam untuk perisa)Kelapa parut (dicampurkan sedikit…