Month: July 2020

Kek Buah Kukus Norazie

Kek Buah Kukus Norazie

Saya cuba resipi ni pada 19 Sept. Hari ni baru sempat ambil gambar. Terima kasih banyak pada Norazie yang sudi melayan segala pertanyaan saya sehingga terhasilnya kek seperti dalam gambar yang saya sertakan. Zie, memang macam ni ke rupanya? Bagi komen sikit. Sumber : Norazie…

Dodol Durian

Dodol Durian

Seminggu yang lalu, atas rasa “teringin nak makan”, saya kacau dodol perisa durian. Memandangkan sekarang ni musim durian dan murah serta senang nak dapat kat tempat saya ni, saya pun buat dodol perisa durian. Saya kacau dalam kuali biasa je atas dapur gas dengan api…

Cheesecake Durian

Cheesecake Durian

Hari ini tiba-tiba teragak nak share resipi yg ku gugel ni. Tak ingat siapa lak tuan punyanya. Memang recommended sangat. Terdengar si bujang kecik bagi komen kat kakaknya, “kak rasa macam makan durian laaa” :)) So sapa yang penggemar deghoyan + xtra koles tu sila-silakan menchobak ye. Yang ini aii buat 1.5 8″ tin. Selamat mencuba & selamat mengamalkan pemakanan yang sihatttt. Huhuuu~~~

Kiriman : Leen Omar
Tarikh : 9 Januari 2012

BAHAN-BAHAN

BASE BISKUT : (boleh guna kek span biasa)- sy tak buat

140 g digestive biscuit, diblend
15 g gula kastor
60 g butter, dicairkan

FILLING:

175 g isi durian, dilecek halus – boleh guna whisk atau diblend dengan susu dalam resipi ini kalau nak lebih halus
250 g cream cheese, suhu bilik
60 g boleh kurangkn kepada 50 g kalau guna fresh cream
20 g menggunung tepung jagung
90 ml susu sejat @ santan – saya guna susu sejat
50 ml UHT whipping cream
2 biji telur B

TOPPING: (gambar di atas adalah separuh dari resepi di bawah)

80 g isi durian, dilecek
32 g susu segar
22 g UHT whipping cream
15 g gula kastor
1 biji telur

Hiasan: Serbuk koko atau 1/2C fresh cream

CARA-CARA

  1. BASE: Alas dan lengser loyang springform/loose pan dengan majerin/butter cair dan baking paper. Campur kesemua bahan base biskut dan tekan pada dasar loyang. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling cream cheese.
  2. FILLING: Panaskan oven 160C. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga gula hancur. Masukkan isi durian, susu sejat, whipping cream dan tepung jagung. Pukul sebati. Masukkan telur dan gaul hingga smooth.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut, balut 2-3 kali dengan aluminium foil dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 1 jam, dengan loyang di’rotate’kan pada 5 minit terakhir.(Pat ne aii mmg xske… slalu failed dgn loose base pan.. so mmg guna loyang biasa je…xkan ada prob kek lemas bila kena water bath.. hhehee)
  4. TOPPING: Campur kesemua bahan untuk topping dan tuang di atas kek yang dibakar tadi (tak perlu disejukkan dahulu). Sambung bakar untuk 15-20 minit atau hingga permukaan atas kek sedikit keperangan dan agak kering.
  5. Dah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek dalam loyangnya di atas redai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam baru dikeluarkan dari loyang dan dihias dgn mengayak serbuk koko atasnya atau disalut fresh cream.
  6. Kek tak perlu dicucuk untuk check dah masak atau belum, cukup sekadar tengok permukaan atas kelihatan agak kering dan sedikit keperangan.