Pes Resipi.Net

Produk makanan yang dikeluarkan oleh Resipi.net

PES ASAM PEDAS

Bahan-bahan

Pes asam pedas
Ikan slice (jenahak, merah, etc dalam 4 keping)
10 batang daun kesum
1 batang bunga kantan dibelah dua
6 batang bendi
1/2 buah tomato

Cara-cara
1. Rebus pes asam pedas bersama 450 – 500 ml air.
2. Setelah mendidih masukkan ikan dan diikuti dengan sayur-sayuran.
3. Rasakan garam gula secukup rasa. (Pes sudah mengandungi garam dan gula.)

PES SAMBAL

SAMBAL KERANG

Bahan-bahan
Pes Sambal
400 gm kerang (yang dah dikopek)
300 ml Air
2 batang serai diketuk
1 biji bawang besar (hiris membulat)
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan pes sambal, kerang, serai dan air ke dalam kuali. Biarkan mendidih. (anggaran 5 minit)
2. Masak sehingga kuah memekat sedikit. Kemudian masukkan garam.
3. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan gaul sebati. Siap.

SAMBAL IKAN AYA

Bahan-bahan (Rebusan Ikan Aya)
800 gm ikan aya
3 helai daun pandan (optional)
10 gm / 1/2 sdb garam kasar
10 gm / 3 keping asam keping
200 ml air
6 gm / 1/2 sdb cuka

Bahan Tumisan
Pes Sambal
85 ml air rebusan ikan
85 ml air biasa
1 biji bawang merah (hiris membulat)

Langkah Pertama : Rebus Ikan
1. Masukkan 3 helai daun pandan ke dalam periuk, susun di dasar periuk.
2. Kemudian masukkan ikan aya, asam keping, garam kisar, air dan cuka.
3. Tutup periuk dan rebus (anggaran 10 minit). Jangan sampai air kering sebab stok ikan itu nanti akan digunakan sedikit semasa memasak tumisan nanti.

Cara-cara
1. Masukkan pes sambal, ikan, air rebusan ikan dan air biasa ke dalam kuali. Gaulkan sebati dan masak hingga mendidih (Anggaran 5 minit).
2. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan gaul sebati. Siap.

Nota :
Biasanya tidak perlu tambah garam sebab air rebusan ikan tadi sudah masin.

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan
Pes Sambal
100 ml air
100 gm ikan bilis (goreng garing)
1 biji bawang besar (hiris membulat)

Cara-cara
1. Masukkan ibu sambal dan air dan masak seketika (anggaran 5-6 minit)
2. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan hirisan bawang. Gaul sebati. Siap.

Nota :
* Biasanya tidak perlu tambah garam sebab air rebusan ikan bilis sudah masin.
* Untuk 7 orang makan

SAMBAL SOTONG KEMBANG

Bahan-bahan
Pes Sambal
500 gm sotong kembang (cuci bersih dan potong anggaran ukuran 1 inci)
250 ml air
3 batang serai diketuk
1 biji bawang besar dihiris membulat
1 sdt garam

Cara-cara
1. Masukkan pes sambal, sotong kembang, air dan serai.
2. Biarkan mereneh sehingga sotong betul-betul masak, mengecut dan kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan garam jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan gaul sebati.

SAMBAL SOTONG SEGAR

Bahan-bahan
Pes sambal
750 gm sotong
3 batang serai diketuk
1 1/2 sdb sos tiram
1 1/2 sdb kicap lemak masin
1 biji bawang besar dihiris membulat

Cara-cara
1. Penyediaan sotong.
    * Cuci bersih dan potong.
* Cara potong terpulang ada yang suka makan seekor-seekor. Ada yang suka makan potong bulat-bulat.    
2. Masukkan pes sambal ke dalam kuali diikuti dengan sotong, serai, sos tiram dan kicap. Masak sehingga mendidih dan memekat. Gaulkan sebati dan biarkan seketika.    
3. Tidak perlu masukkan air sebab sotong itu akan mengeluarkan airnya sendiri.    
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang dan gaul sebati.

SAMBAL HATI AYAM DAN PEDAL

Bahan A
200 ml air
600 gm hati ayam dan pedal
1 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt garam
2 sdt cuka
50 gm minyak

Bahan Tumisan
Pes sambal
1 biji bawang dipotong membulat

Cara-cara
1. Gaulkan hati ayam dan pedal dengan kunyit, garam dan cuka. Rebus sehingga air rebusan menjadi pekat dan kering.
2. Masukkan minyak dan goreng seketika (anggaran 4 minit)
3. Masukkan pes sambal dan hirisan bawang dan gaul sebati. Siap.

SAMBAL UDANG

Bahan-bahan
500 gm udang (tidak perlu kupas kulit, cuma potong janggut sahaja)
1 sdt kunyit
1 sdt garam
1/2 cawan minyak
250 gm ibu sambal
1 biji bawang besar dihiris membulat

Cara-cara
1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit.
2. Masukkan minyak ke dalam kuali dan goreng udang. (tidak perlu garing)
3. Kemudian masukkan pes sambal dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang dan gaul sebati.

SAMBAL PARU

Bahan-bahan
1/2 kilo paru (potong kiub dan 2 inci dan rebus selama 30 minit)
250 gm ibu sambal
1 biji bawang besar dihiris membulat

Cara-cara
1. Hiriskan paru nipis-nipis dan goreng seketika. Angkat dan toskan.
2. Buang minyak gorengan, masukkan ibu sambal dan paru. Masak seketika.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul sebati. Siap.

PES RENDANG

Bahan-bahan (Ayam Goreng Dahulu)
700 gm ayam
Garam
Serbuk kunyit
Minyak

Pes rendang
130 ml air
130 ml santan
Daun kunyit
Daun limau purut

Cara-cara


Ayam Goreng Dahulu
1. Gaulkan 800 gm ayam dengam serbuk kunyit dan garam.
2. Goreng sehingga 75% masak.
3. Angkat dan toskan.
4. Panaskan pes rendang, santan dan air.
5. Masak perlahan sehingga sebati.
6. Masukkan ayam, daun kunyit/daun limau purut.
7. Masak sehingga sebati dan pecah minyak.
8. Angkat dan hidang.

Ayam Tidak Perlu Goreng
1. Panaskan pes rendang bersama 400 ml air dan 150 ml santan.
2. Masukkan lebih kurang 800 gm ayam. Kacau selama 15-20 minit.
3. Tambahkan air jika perlu.
4. Masukkan daun kunyit.
5. Masak sehingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidang.