Recent Posts

Cream Puff Umi Imah

Cream Puff Umi Imah

Dek kerana dah muak ngan roti (maklum hari2 menguli roti‚Ķ), wa tukau menu pulak.  Wa buat krim paff resipi dari Umi Imah.    Tak ku tahu bahawa membuatnya begitu mudah‚Ķ kalau ku tahu tak perlu la ku berhabis duit untuk makan menda ni (paberet wa…

Seri Kaya Sarah Sayang

Seri Kaya Sarah Sayang

Assalamualaikum, kelmarin saya try resipi Seri¬†Kaya¬†ini sebab anak-anak dan suami suka makan dengan roti. Lagi pun kalau nak¬†kaya¬†kena selalu makan¬†kaya. Hahaha acah aje. Memang sedap betul¬†kaya¬†ni. Saya rasa kalah dari kedai. Buatnya pun tak susah (walaupun 3 kali baru saya lulus buat gula hangus ūüėõ…

Ayam Golek Risya

Ayam Golek Risya

Ini resipi ayam golek yang dipromote baik oleh kawan baik saya. Saya try buat 2 hari lepas memang marvelous rasanya. Dan senang pulak tu. Rasa macam sambal ikan bakar yang dijual di pasar ramadan pun ada. Cubalah anda sure tak menyesal. Alina pon dah try .. sedapkan Alina.

Ayam Golek Risya

Sumber : Shidah AR
Kiriman : Jeni
Tarikh : 8 Februari 2009

Bahan-bahan

Untuk 2 ekor ayam(1.2 – 1.4 kg seekor)
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia muda
2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering, direndam dalam air panas untuk melembutkannya
2 batang serai
2 sdb jus asam jawa
1 sdb belacan
2 sdb garam8
sdb gula
2 helai daun kunyit dihiris halus

Cara

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan belacan di dalam blender.
  2. Panaskan oven ke suhu 200 Celcius.
  3. Panaskan minyak di atas kuali dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  4. Masukkan garam, gula, daun kunyit dan jus asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan 4 sdb paste tadi ke dalam rongga ayam.
  6. Lumurkan separuh dari baki paste pada ayam tadi.
  7. Bakarkan ayam selama 1 jam atau sehingga masak.
  8. Sapukan paste selang 10 minit ketika ia sedang masak.
Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

Resipi ini memang menjadi favourite saya dari dulu. Gambar yang ini pun dari gambar lama 10 tahun dulu semasa tinggal di Riyadh. Terima kasih buat Puan Noraini yang berkongsi resipi dengan detail sekali. NASI KERABU ISTIMEWA NORAINI Kiriman : Jeni¬†Sumber :¬†noraini@antara1.po.my Bahan dan Penyediaan NASI…

Sugar Cookies

Sugar Cookies

Acuan ini saya beli dah dekat 2 tahun rasanya. Tapi tak pernah lagi merasmikannya. Jadi saya pun cari-cari resipi untuk stamped cookies. Yang ini nampak simple jadi saya pun cubalah. Rasanya biasa-biasa sahaja. Ala-ala shortbread macam tu. Next time nak cuba yang ada perisa peanut…

Cookies & Cream Cheesecake

Cookies & Cream Cheesecake

Ini cheesecake yang tak perlu dibakar. Cuma chillkan sahaja. Dibuat pada 30 September 2008 dulu.

Cookies and Cream Cheesecake

Sumber : The Australian Women’s Weekly (Chocolate 70 wicked recipes)

Bahan-bahan

250g biskut coklat
150g mentega cair
2 tsp gelatin
1/4 cawan air / 60 ml air
360g cream cheese lembut
300ml cream (whip cream dalam kotak)
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan gula castor / 110g gula castor
180g white eating chocolate, melted (saya guna white cooking chocolate)
150g cream filled chocolate biscuits, potong
450g dark eating chocolate, melted (saya guna cooking chocolate biasa)

Cara

  1. Lapikkan dasar loyang springform dgn kertas minyak.
  2. Blendkan biskut coklat di dalam food processor sehingga berupa seperti breadcrumbs. Masukkan mentega dan gaul hingga sebati. Tekankan adunan biskut ini pada dasar loyang dan kelilingnya agak2 3 cm tinggi. Coverkan dengan aluminium foil dan sejukkan dalam peti ais.
  3. Satukan gelatin dan air dalam bekas kalis panas. Letakkan di dalam frying pan yang diletak air. (Lebih kurang macam kaedah steambath). Kacau sehingga gelatin itu larut.
  4. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese, whip cream, esen vanilla dan gula sehingga sebati. Masukkan gelatin dan white chocolate dan gaul. Masukkan biskut dan gaul perlahan.
  5. Tuangkan bancuhan ini dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Sejukkan dalam peti ais selama sekurang-kurang 3 jam. Kalau semalaman lagi bagus.
  6. Sebelum hidang, drizzlekan dengan dark chocolate.
Sambal Goreng Jowo Kak Su

Sambal Goreng Jowo Kak Su

Assalamualaikumu & Salam Sejahtera ..¬†Selain set Nasi Briyani, sempat juga saya cuba resipi¬†Sambal¬†Goreng¬†Jawa ni.¬† Saya gunakan resipi dari Kak Su (Toshiba) sebagai panduan.¬†¬†Senang sebab ada sukatan.¬† Tetapi..¬† a)¬† saya gantikan tetelan dengan daging¬†dan kurangkan kuantitinya kerana b)¬† saya tambah paru dan¬†hati¬†+ mempedal ayam – ceduk…

Strawberry Custard Slice

Strawberry Custard Slice

Resipi yang saya cuba tahun 2011 dahulu. Macam fruit tart tapi versi nak cepat.¬† Kiriman : JeniSumber : Australian Women’s WeeklyTarikh : 19 Disember 2011 Strawberry Custard Slice Bahan-bahan 2/3 cawan (160 ml) susu segar1/2 cawan (125 ml) pouring cream – saya guna whipping cream1…

Rasam, Sambal Kelapa & Ikan Masak Ladop

Rasam, Sambal Kelapa & Ikan Masak Ladop

Saya nak kongsi resepi menu makan siang semalam. Kuah Rasam, Sambal Kelapa dan Ikan Masak Ladop (ni masakan org India, arwah bapa yg selalu masak) 

Sumber : Zahara Bee
Tarikh : 10 Ogos 2008

Rasam

Bahan kisar:
1 sdm jintan kasar
1 sdm jintan halus
1 sdm lada hitam
2 labu bawang besar (sedang)
2 ulas bwg putih
Sedikit halia dan kunyit

Air asam
Daun kari
Garam secukup rasa

Cara:

  1. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan air asam dan tambah air mengikut cita rasa, biar mendidih.
  3. Masukkan garam.Rasa lah kalau dah cukup asam garam, matikan api, siap dihidang.

Sambal Kelapa
1/2 biji kelapa parut (disangar sebentar saja)
1 bwg besar
1 bwg putih
Sedikit halia
Sedikit air asam (pekat)
Daun pudina (dlm segenggam)
2 biji lada hijau
Sedikit garam

Cara:

  1. Semua bahan2 ni dikisar. (kalau di giling lagi sedap, sekarang batu giling pun dah tak ada kat rumah ni)
  2. Siap utk di hidang.

Ikan Masak Ladop

5 keping ikan tenggiri (di goreng lembab)
3 biji tomato (dihiris nipis) kalau suka boleh tambah lagi.
2 sdm cili kisar2 bwg besar ) di kisar
2 bwg putih ) halus
1 sdt serbuk jintan halus
1 sdt serbuk jintan kasar
1 sdm tomato puree
Sedikit daun pudina dan daun ketumbar (daun ketumbar tak ada stok, jadi saya tak guna)

Cara:

  1. Tumis bawang putih, bwg besar, cili kisar, jintan hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan tomato dan tomato puree dan tambah sedikit air. Masak hingga tomato layu dan masukkan ikan goreng.
  3. Tambah sedikit air (ikut kepekatan yg di mahu, lauk ni lebih kurang macam sambal jgn cair sgt). Kemudian masukan daun pudina dan ketumbar.
  4. Siap.

Nota: Masak Ladop ni juga boleh gunakan daging, ayam atau udang dan boleh di tambah kentang. Sedap dimakan dgn nasi, roti atau lontong.

Pesamah Daging

Pesamah Daging

Semalam cuba resepi pesamah daging ni. saya guna daging kambing. kalau nk tukar ngan aym pun boleh.. sangat la senang nak masak. sedap jugak kalau buat colek roti arab. agak-agak bosan dengan¬†rendang, memang patut cuba pesamah ni Kiriman : AslindaSumber : Mingguan wanita bil:1377Tarikh :…

Rendang Pucuk Ubi

Rendang Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Inilah rupa rendang pucuk ubi yang saya buat semalam..Pucuk ubi ni N9 mari.. dah beberapa kali beli kat sini tapi jauh lebih banyak daun ubi tua dari pucuknya.. tu pesan kat adik bawakan semalam sebab jumpa adik kat rumah pengantin lelaki (pengantin…