Assalamualaikum,
kelmarin saya try resipi Seri Kaya ini sebab anak-anak dan suami suka makan dengan roti. Lagi pun kalau nak kaya kena selalu makan kaya. Hahaha acah aje.
Memang sedap betul kaya ni. Saya rasa kalah dari kedai. Buatnya pun tak susah (walaupun 3 kali baru saya lulus buat gula hangus 😛 ). Masa saya buat kaya dia tak cukup pekat, mungkin saya terlebih air kot. So saya tambah tepung jagung lagi sesudu besar. Perfecto! Bila rasa balik ok manisnya. Tapi lepas makan dengan roti Jeni rasa agak tawar. So lain kali nak tambah gula sket. Hehe tapi kemanisan ni ikut lain lidah lain. So kalau nak try cuba stick to the original resipi sebab orang lain yang dah buat kata ok.
Kalau tengok pada gambar-gambar, lain-lain warna Seri Kayanya. Ini semua bergantung kepada warna yang terhasil semasa kita buat gula hangus tu. Kalau tergelap makan tergelaplah juga kaya nya.
SERI KAYA
Sumber : Sarah Sayang
Kiriman : Jeni
Tarikh : 2 Mac 2007
Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air – buat gula hangus dan sejukkan (4)
1/2 cawan gula + 3 biji telur – dipukul sehingga sebati (1)
1 1/2 cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air (3)
Cara
- Campur semua bahan ikut turutan. (1), (2), (3) dan (4)
- Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih. (lebih kurang 20 minit)
Nota dari Mak Lang Azie
- boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya
- nak wangi, boleh letak daun pandan. Kalau tidak biarkan warna asli saja.
- Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
- nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
- agak manis, boleh kurangkan gula kalau tak suka manis.
- kadang-kadang maklang guna brown sugar jer sebab takmo manis sangat.