Ayam Golek Risya

Ayam Golek Risya

Ini resipi ayam golek yang dipromote baik oleh kawan baik saya. Saya try buat 2 hari lepas memang marvelous rasanya. Dan senang pulak tu. Rasa macam sambal ikan bakar yang dijual di pasar ramadan pun ada. Cubalah anda sure tak menyesal. Alina pon dah try .. sedapkan Alina.

Ayam Golek Risya

Sumber : Shidah AR
Kiriman : Jeni
Tarikh : 8 Februari 2009

Bahan-bahan

Untuk 2 ekor ayam(1.2 – 1.4 kg seekor)
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia muda
2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering, direndam dalam air panas untuk melembutkannya
2 batang serai
2 sdb jus asam jawa
1 sdb belacan
2 sdb garam8
sdb gula
2 helai daun kunyit dihiris halus

Cara

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan belacan di dalam blender.
  2. Panaskan oven ke suhu 200 Celcius.
  3. Panaskan minyak di atas kuali dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  4. Masukkan garam, gula, daun kunyit dan jus asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan 4 sdb paste tadi ke dalam rongga ayam.
  6. Lumurkan separuh dari baki paste pada ayam tadi.
  7. Bakarkan ayam selama 1 jam atau sehingga masak.
  8. Sapukan paste selang 10 minit ketika ia sedang masak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *