Dodol Durian

Seminggu yang lalu, atas rasa “teringin nak makan”, saya kacau dodol perisa durian. Memandangkan sekarang ni musim durian dan murah serta senang nak dapat kat tempat saya ni, saya pun buat dodol perisa durian.

Saya kacau dalam kuali biasa je atas dapur gas dengan api yang betul-betul kecil (macam nak padam api tu) selama lebih kurang 5 jam. Tapi tidak lah saya mengacau tak henti-henti. Boleh ditinggalkan dan datang kacau sekali-sekala. Api kecil so susahlah nak hangus atau berkerak kat bahagian bawah. 

Setelah saya beri rasa pada pakar dodol asal Melaka yang sekarang menetap di Penang, dia thumb up dan approve so boleh la saya proceed dan tempek resipi di sini. 

Sebenarnya dodol ni memang saya buat setiap kali raya (puasa & haji). Memang kesukaan anak-anak saya dan ahli keluarga yang lain.  

DODOL DURIAN

Sumber : Puan Roshayati Yati Ainami
Tarikh : 4 Mac 2011

Bahan-bahan
500g tepung pulut
5 cawan santan cair
Bancuh tepung pulut dengan santan cair hingga sebati. Tapiskan.

1 kg gula merah
200 gm gula pasir
1 kg pati santan  

Cara Memasak

  1. Masak bahan di atas hingga gula hancur.
  2. Isi durian ikut selera.
  3. Campur semua bahan di atas dan masak atas api kecil. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus.
  4. Kacau hingga terbit minyak dan adunan tidak melekat di tangan bila dipegang.
  5. Lagi lama dikacau dengan api kecil, dodol akan tahan lama.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *