Saya cuba resipi ni pada 19 Sept. Hari ni baru sempat ambil gambar. Terima kasih banyak pada Norazie yang sudi melayan segala pertanyaan saya sehingga terhasilnya kek seperti dalam gambar yang saya sertakan. Zie, memang macam ni ke rupanya? Bagi komen sikit.
Sumber : Norazie
Kiriman : Lynn Sham
Tarikh : 27 September 2006
Bahan A
2 tin butter cap Golden Churn @ 680 gm butter packet
300 gm gula
5 bjii telur gred A @ 6 biji telur gred B
½ botol esen limau
Bahan B – ayak bersama
600g tepung gandum – ambil segenggam untuk gaul dgn buah
2 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh bikarbonat of soda
1 sudu teh serbuk buah pala
Bahan C – Gula Hangus
300 gm gula
Bahan D
800 gm – 1kg mix fruit – make sure beli yg fresh + segenggam tepung (I sebab niaga, letak 800 gm jek)
Kertas minyak – alas
LoyangAluminium foil – tutup loyang
Cara Menyediakannya
- Panaskan kukusan, air hampir penuh.
- Alas 2 loyang 8x8in dengan kertas minyak.
- Masukkan butter, gula dan esen limau, pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul agak-agak dah rata, cukup.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi. Putar perlahan hingga sebati, tutup (off) mixer dulu.
- Panaskan gula (C), kalau dapat dalam bekas yang non-stick. Kalau tak, apa-apa pun boleh.. janji boleh pegang untuk tuang nanti. Masak hingga warna coklat gelap dan berbuih-buih halus.
- Hidupkan balik mixer set perlahan dalam kelajuan 1.5 . Tutup api gula hangus. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam adunan (. Bila dah habis tuang, naikkan kelajuan hingga sebati. Stop.
- Pastikan air dalam kukusan dah mendidih. Bila air dah mendidih, gaul segenggam tepung tadi dengan mix fruit. Jangan gaul kuat-kuat, cukup untuk sadur luaran mix fruit tu.
- Masukkan mix fruit dalam adunan tepung, gaul dengan senduk kayu, agak-agak rata saja cukup, jangan terover.
- Sebelum tuang adunan ke dalam Loyang, gaul kasi rata buah-buahan tu supaya dapat bahagi sama banyak setiap loyang.
- Cover dengan aluminium foil, kemas dan klipkan ke tepi-tepi loyang supaya tak masuk air. Masuk dalam kukusan 2 tingkat. Selepas 2 jam atau 1½ jam, boleh tambah air panas. Kukus selama minimum 4 jam atau 5 jam kalau larat tunggu.