Mencuba teknik baru masak ayam selepas tertengok di channel Food Network. Memang comel aje nak makan pun seronok tapi nak membuatnya remeh juga.
Bahan-bahan
500gm chicken wings
Bahan marinate
2 inci halia, ditumbuk dan diperah untuk ambil jusnya
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap (saya guna makati classis soy sauce) – kicap ni tak sepekat kicap buatan Malaysia
2 sdb garlic chili sauce (saya guna brand suree ke apa tah yang Thai brand tu)
Garam secukup rasa
Bahan salut ayam
1 biji telur
Tepung agak2 untuk campur dalam telur untuk buat batter. Tidak terlalu thick.
Bahan coating
Serbuk breadcrumb perisa garlic (Brand knorr kalau tak silap) atau panko japanese breadcrumb tu pun best juga.
Steps.
- Basuh chicken wings dan siang ayam tu as shown dalam youtube video tu. Kalau dia tak cantik atau bulat elok macam lollipop tak apa. Nanti lepas coating dan goreng dia jadi cantik aje 🙂
- Marinatekan dengan bahan marinate di atas atleast 15 minit.
- Panaskan minyak api sederhana.
- Ambil ayam, masukkan dalam batter telur tu dan golek-golek dalam breadcrumbs.
- Gorengkan dalam minyak yang dah panas tu. Biar terendam.
- Bila nampak dah golden silalah angkat.
- Bila makan senang aje. Masuk dalam mulut memang senang aje tanggal isinya dari tulang.