Daging Masak Merah

Hallooo …

ini masakan yang dibuat semalam. Ulang tayang dah banyak kali ku cuba 🙂

Sumber : Azie Norazie

Penyediaan Daging
1kg daging batang pinang – jgn potong, biar seketul besar atau biar dlm 1/2 x 2. [Rebus hingga empuk – air jgn buang]

Cara

  1. Dah empuk, hiris nipis. Goreng hingga agak-agak separa garing..dlm masa yg sama, letakkan pewarna merah setengah penutup. Ratakan pada daging itu. Angkat , ketepikan.

Bahan kisar
1 1/2 biji bawang besar
8 biji bwg putih
3-4 btg cili kering [ikut suka pedas]

Bahan lain
2 btg lada merah – hiris serong
2 biji bawang india – hiris kasar
Daun sup – potong kasar
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili [ikut suka rasa]
2-3 sudu gula [ikut suka manis]
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung + air

Cara

  1. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi, masukkan sos cili dan sos tiram, gula, garam. Kacau sekejap.
  2. Masukkan air rebusan daging ikut suka kuah banyak mana.
  3. Masukkan daging, air tepung jagung. Bila dah cukup agak likat kuah, masukkan bawang india, lada hiris dan daun sop. Agak-agak layu sahaja tutup api.
  4. Siap utk hidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *