
Malam tadi berpandukan resipi dari Cik Bunga ( terima Kasih )..saya try and error resipi nie ( sebab takde quantiti ). Aduuiii…selalu saya tak makan malam.Diet la konon..Malam tadi ambilsesenduk nasi…pastu tambah lagi sesenduk..tak tahan … My hubby pun dua tiga kali tambah… selalu masak sepot pun berlebih…semalam licin …kekekekke Kami padankan dgn nasi putih, rebung (fresh ) rebus manis dan sambal tempoyak…
Suzana Hashim
Kiriman dan olahan resipi : Suzana Hashim
Resipi Asal : Bunga Kasturi
Gambar : Lynn Sham
Tarikh : 27 Julai 2006
Bahan-bahan
1 peket isi ikan kurau ( rm3.50 )
Bahan-bahan dikisar halus
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
Bahan-bahan digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan pedas
1 sudu kecil biji ketumbar
5 biji bawang merah di belah 2
5 biji bawang putih di belah 2
5 biji cili padi ( nak pedas tambah le lagi)
Daun kari
2 sudu gula merah
2 sudu gula pasir
Cuka
Cara
- Goreng separuh masak isi ikan masin kurau dan ketepikan.
- Tumis daun kari dan bahan-bahan yang di blend hingga naik minyak.
- Masukkan rempah-rempah yang di tumbuk tadi dan gaul sebati.
- Masukkan gula merah + gula pasir dan cuka.
- Masukkan bawang kecil, putih dan cili dan isi ikan kurau.
- Masukkan air dan biar dia kering.
- Rasa le dan tambah apa yang kurang…heheheh
FEEDBACK
KMid RN – Semalam sj bagi ikan kurau masin yang kawan belikan kat Kemamam last Sunday. so semalam kak mid buat acar ni ikut resipi yang sj printkan. so malam tadi dinner time baru keluarkan. sampai sekarang ni masih terasa-rasa kesedapan dan keenakan acar tu……. kak mid kawankan dengan daging goreng nipis.
Lynn Sham – Hari ni sempat saya cuba resipi dari Bunga Kasturi tapi saya ikut sukatan yang Suzana berikan (Tq Zana sebab memudahkan kerja! he.. he.. he..). Sebenarnya nak buat semalam tapi Sham dah tersilap beli ikan ie. beli isi ikan kurau yang fresh bukan yang masin. Mudah membuat acar ikan masin ni.. tengoklah hasilnya seperti dalam gambar yang saya sertakan. Acar ni akan jadi hidangan untuk berbuka puasa esok bersama beberapa ahli keluarga yang lain.
