Creamy Tomato Pasta

Semalam saya cuba nak buat pasta yang macam saya makan di restoran Vivo, creamy tomato pasta. Di Vivo pastanya ada hirisan mushroom sahaja. Disebabkan kita masak sendiri jadi kita tambahlah apa-apa yang patut nak bagi lagi sedap di tekak kita. Google-google di pinterest dan tengok beberapa resipi. Kemudian cari bahan untuk membuatnya. Saya survey kalau beli tomato paste atau puree atau tomato soup yang dalam tin tu pun harga lebih mahal atau lebih kurang sahaja dengan yang dah ready made. Untuk menjimatkan masa dan tenaga dan duit saya ambil sahaja yang ready made hehe. Kita suka masak tapi kita tak mau la lama di dapur. Banyak lagi kerja nak diuruskan betul tak. Jadi terhasillah resipi di bawah.

Mula-mula saya asingkan kuah dengan pastanya. Maksudnya bila nak makan baru saya tuangkan sedikit kuah ke atas pasta yang saya nak makan. Mula-mula tu rasa macam bland sikit dan biasa sahaja. Kemudian saya takut nanti kuah habis dulu sebelum pastanya (yelah takut anak ambil portion tak balance), saya gaulkan semua pasta dengan sos yang dah masak tu. Tak lama lepas tu saya test lagi dan dapati selepas dicampur rasanya lebih mesra dan sedap. Anak-anak suka makan sampai petang tu yang kena masak lagi sekali sebab dah habis petang tu. Ada baki lagi pulak tu bila dah malam. Saya simpan dalam peti ais. Anak cakap boleh buat macam Mac & Cheese Dee. Pagi ni sebelum pergi sekolah, anak-anak ambil keluar pasta tu dan panaskan bawa bekal pergi sekolah. Happy children happy mak šŸ™‚

Creamy Tomato Pasta

Sumber & Gambar : Jeni
Tarikh : 13 Mac 2020

Bahan-bahan

3-4 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 sdb cili kisar
1 chicken breast dipotong dadu
1 paket shiitake mushroom dihirisĀ 


350 gm pasta sauce – saya guna 1 botol sos spaghetti selasih dan bawang putih kimballĀ 
100 ml cooking cream / heavy cream
1/2 cawan keju parmesan
1 sdb serbuk ayam / 1 ketul kiub ayam
2 sdb gula
1-2 sdt garam (secukup rasa)


400 gm pastaĀ 
AirĀ 
Sedikit minyak zaiton atau minyak biasa pun boleh

Cara membuatnya

  1. Rebus pasta seperti biasa. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak di atas kuali. Tumis bawang holland, bawang putih dan cili kisar.
  3. Setelah kekuningan masukkan ayam dan tumis sehingga agak masak. Masukkan cendawan dan gaul sekata.
  4. Masukkan sos pasta diikuti dengan heavy cream. Gaul rata.
  5. Boleh tambahkan air sebab campuran di atas akan pekat sikit.
  6. Masukkan serbuk ayam, gula dan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali boleh masukkan serbuk parmesan. Gaul hingga sebati.
  8. Kemudian masukkan pasta yang sudah dimasak tadi. Gaul rata.
  9. Sekiranya agak kering boleh tambahkan sedikit air. Kuahnya tak perlu banjir ya. Cukup sekadar menyelaputi keseluruhan pasta dan jangan kering sangat.
  10. Rasakanlah garam, gula dan serbuk parmesan tu. Kalau nak tambah lagi pun boleh. Serbuk parmesan tu kena letak kalau tak nanti sos akan rasa bland atau kurang seasoning.
  11. Boleh taburkan lagi serbuk parmesan di atas pasta apabila nak makan. 

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *