
Hari nie sy nak share prune cake resipi yg sy br buat smlm.. resipi asalnye sy dpt dr rest pak amir tapi saya cuba olah & kawinkan balik jadi camni. pd saya mmg cukup moist & tak terlalu manis, rasanya ala2 fruit cake & lepas nie mmg dah tak buat kek buah lagi coz this one is easier & x byk bhn digunakan. Dr satu adunan sy dapat 9×9 tebal lebih kurang 2″.
Leen Arlina Omar
Dah bagi2 kat nebor sket & anak2 pun suke siap bw bekal g tusyen smlm bagi kat pagi nie dah tinggal tak sampai pun 1/4.. alhamdulillah… :))
Sumber : Arlina Omar
Gambar : Akma
Tarikh : 1 Ogos 2005
Bahan-Bahannya :
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup
20 biji prune ( blend + sedikit air, setakat bleh kisar dah cukup )
5 biji prune ( hiris kasar )
5 biji telur
Cara Membuatnya :
- Didihkan air dalam pengukus.
- Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
- Masukkan telur satu per satu & putar lagi.
- Masukkan prune yang telah di blend.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar sebati.
- Last sekali masukkan prune yang dihiris kasar & kacau dengan senduk dah memadai.
- Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dlm loyang & kukus selama 1 1/2 jam.
- Kalau nak bagi cantik sket letakkan beberapa biji prune di atas adunan sblm dikukus sbg hiasan.
Tips
- Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.
- Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
- Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
- Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
- It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.
Cadangan Hiasan
- Susun sahaja buah prune tu keliling atas kek tersebut.
- Kalau hendakkan lebih cantik boleh diletak topping cream cheese dan hias dengan walnut @ parutkan choc oren/choc color.
- Dapatkan bunga icing (yang buat guna fondant/sugar paste) dari kedai bahan kekdan letakkan di atas kek tu.
Permasalahan
Soalan : Kenapa buah prune yang saya susun di atas kek (untuk hiasan) apabila masak dia tenggelam?
Jawapan : Brand sunsweet memang tiada masalah. Kalau brand ligo prunenya memang watery sket dan berat. That is one of the reason prune tu tenggelam. Satu lagi bila blend prune tersebut make sure air tu setakat cukup untuk putarkan mesin tu sahaja. Kalau banyak air pun boleh menyebabkan kandungan air dalam kek tu bertambah dan menyebabkan kek tu lebih lembap.Boleh juga cuba membelah dua buah prune tersebut supaya ia lebih ringan. Apabila meletakkan prune di atas adunan jangan ditekan dan insyallah ia tidak akan tenggelam.
Soalan : Apasal apabila saya mengukus kek tersebut cuma kelilingnya aje yg bersarang, tengah-tengah tak bersarang langsung.
Jawapan : Pastikan aliran udara di dalam periuk kukus dapat mengalir dengan sekata. Sekiranya loyang menutupi sebahagian besar lubang-lubang periuk kukusan, dapatkan kaki atau tungku (besi bulat dalam 5 inci lebar yang digunakan untuk meletak kuali panas) dan letakkan adunan di atas kaki tersebut supaya udara boleh mengalir dengan sekata.
Soalan : Hari sabtu buat kek prun you…. tapi mengapa dia tersenyum?
Jawapan : Selalunya apabila kita overbeat adunan tersebut selepas masukkan tepung dia jadi tersengih camtu. Cukup sekadar gaul rata tepung tu dan masukkan ke dalam acuan. Selalunya untuk kek kalau masukkan tepung lebih baik jangan pukul laju menggunakan mixer pukul perlahan sahaja asalkan dia sebati. Sebaik-baik gunakan spatula atau senduk kayu dan gaul menggunakan tangan jadi kita boleh agak sebati adunan tepung tu. Kalau dipukul menggunakan mixer dia akan menyengih dan satu mungkin bila bakar besar kemungkinan kek akan bantat.
FEEDBACK
- Amy – Semalam I ada buat kek prune kukus tu. Memang sedap & lembut . Teksturnya pun cantik. Ingatkan plan nak buat untuk hantaran tunang utk adik last last tak jadi & kek tu terus kena ngap & ngan ipar duai.
- Diana Arshad – Leen, terima kasih kongsi resipi yang tip top lagi sedap. Alhamdullilah, tadi pagi sempat buat 2 adunan sebab ada kenduri tahlil. Dan feedback dari yang makan, Diana sedap kek ni esok lusa ada kenduri buat lagi ye. Eeee kembang kuncup den Leen, banyak peminat kek you ni.Kek yang dihasilkan sungguh gebu, ikut exactly macam resipi tapi Diana gunakan 1/2 cawan gula pasir dan 1/2 cawan gula perang. Kemanisan kek sederhana just nice. Kek ni kalau makan sekali tak boleh stop, tak memuakkan mungkin kerana campuran buah prune yang ada didalam resipi tersebut. Terima kasih sekali lagi kepada Leen yang sudi berkongsi resipi ini.
- Haslinda Mohd Saleh – Malam tadi Linda telah mencuba resepi di atas and rasanya memang sedap dan menjadi.
- Azizah – Semalam dah bawak Kek Prune Kukus kat office. Ramai yang puji sedap.
- Zaliza Azly – Sempena Merdeka semalam cuti duduk di rumah so saya dah cuba buat kek Prune kukus nie. Alhamdullillah menjadi jugak. Tapi kek saya tu berbau hanyir telur walaupun tutup pengukus tu saya dah lapik dengan kain. Tapi hanyir tu tidak kuat sangat tetapi terbau jugalah.
- Shida – Semalam Shida buat Kek Prune Kukus. Alhamdulillah menjadi.
- Haslinda Mat – Hujung minggu baru-baru ini sempat buat kek prune kukus. Menjadi gitu. Elok texturenya. Anak-anak suka sangat.
- Akma Kamaruddin -Semalam petang saya dah try resipi kek prune kukus ni. Alhamdulillah menjadi, sangat moist dan gebu dan sedap (perasan sendiri hehe). Yang paling best tu, suami & anak-anak suka. FYI, depa tu tak suka kek-kek atau kuih-muih ni. Jadi bila siap masing-masing makan dengan seleranya, tu yang mahal tu.
- Roziyati Othman – Minggu lepas buat Kek Prune Kukus. Texture memang lembut tapi rasa macam terlalu lembut. Try buat lagi sekali. Rupa-rupanya yg first time buat taruk tepung 1 cawan aje. He…he… jangan mare. So far dah buat 6 buku.
- Aida RHB – Yesterday made the Kek Prune Kukus….but instead of Prunes I substitute dengan Buah Kurma….taste good cuma kena kurangkan gula sikit bagi orang yang tak suka manis . My family likes it alot and friends at the office too ..
- Puteri Dee – Dear All, Dee baru je cuba buat kek kukus prune dari resepi Leen. Bestnya……sebab jadi lah kan!!! Rasa dia pun sooddaap, gebu and moist sgt. Leen, Dee lebihkan susu pekat and kurangkan gula, ikut Rashidah kata. Memang moist gile, tapi lain kali buat nak lebihkan prune yg potong-potong kasar tu.
- Rashidah – Terima kasih dengan resepi diatas saya dah mencuba semalam, memang sedap, cuma saya kurangkan gula dan lebihkan susu pekat, jadi kek tu lebih moist.Next time saya nak gantikan prune dengan bluberry mesti sedap.ataupun boleh gantikan dengan cempedak tapi gula mesti kurangkan lagi.