Cinnabon Cinnamon Rolls Copycat

Cinnamon Roll ni anak saya Alysha yang buatkan. Umur Alysha hujung tahun ini 15 tahun. Masyaallah tabarakallah. Rajin baking senang hati maknya sebab maknya tak berapa pandai bab baking ni. Resipi asalnya dia cari di pinterest. Bun yang terhasil saya rasa memang lebih kurang cinnabon. Tak gebu sangat macam roti bun biasa. Memang just nice. Dapat 12 ketul cinnamon bun ni. 11 ketul habis hari yang sama. Lagi seketul saya simpan dalam tipuware pada suhu bilik. Masih lembut pada keesokan harinya. Frostingnya memang agak manis. Kena kurangkan gula untuk cubaan lain kali. 

Sumber : The Slow Roasted Italian ( https://www.theslowroasteditalian.com/2013/11/cinnabon-cinnamon-rolls-copycat-recipe.html)
Kiriman : Jeni
Tarikh : 18 Mac 2020

Bahan-bahan

Bun

2 1/4 sdt yis kering
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
1/4 cawan buttermilk
2 biji telur size L
7 sdb mentega unsalted
5 1/2-6 cawan tepung
2 sdt garam

Filling

1/2 cawan mentega unsalted (suhu bilik)
1 1/2 cawan light brown sugar
2 sdb serbuk cinnamon
1 sdt tepung jagung

Frosting

113 gm cream cheese
1/4 cawan mentega unsalted (suhu bilik)
1 cawan gula ising (manis ni sila kurangkan)
1/2 sdb perahan jus lemon
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt garam

Cara

  1. Masukkan air dan gula ke dalam mangkuk mixer, taburkan yis ke atasnya dan gaul sikit. Biarkan yis kembang dalam 5-10 minit.
  2. Sementara itu, cairkan 6 sdb mentega.
  3. Jika yis sudah kembang, masukkan buttermilk, telur dan mentega ke dalam mixer tadi. Putarkan secara perlahan dan masukkan 4 cawan tepung sedikit-sedikit. Masukkan garam.  Putar lagi. Masukkan baki tepung sedikit-sedikit sehinggal doh menjadi seperti segumpal bola. 
  4. Putar secara medium high selama 5 minit. Tambahkan tepung sedikit-sedikit jika doh masih melekit.
  5. Taburkan tepung sedikit di atas permukaan untuk mengendalikan doh tadi.
  6. Uli sekejap dengan tangan dan bentukkan doh menjadi bulat seperti bola.
  7. Di dalam mangkuk lain, griskan mangkuk dengan 1 sdb mentega. Masukkan doh ke dalam mangkuk. Lengser-lengser sikit doh dengan mentega tadi. Tutup mangkuk dengan plastic wrap. Biarkan doh naik sekali ganda dalam 60-90 minit.
  8. Sementara itu, campurkan brown sugar, serbuk cinnamon dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Gaul rata campuran tersebut.
  9. Apabila doh telah naik, keluarkan doh dan uli seketika. 
  10. Kemudian gelekkan doh dengan menggunakan rolling pin menjadi bentuk segiempat tepat lebih kurang berukuran 18″ x 24″.
  11. Sapukan mentega ke atas doh dan tinggalkan lebih kurang 1 inci di hujung doh tidak disapu dengan mentega.
  12. Taburkan campuran brown sugar tadi ke atas bahagian yang telah disapu mentega tadi. Gunakan spatula dan pedap-pedapkan dengan manja atas campuran tad supaya apabila kita gulung doh campuran itu tidak tertanggal,
  13. Gulung doh tadi perlahan-lahan. Potong doh tadi kepada 12 bahagian dengan menggunakan benang.
  14. Griskan loyang pembakar. Susunkan rolls tadi ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kain dan biarkan ia naik sekali ganda.
  15. Panaskan oven kepada 175 Celsius. Bakar dalam 20 minit atau sehingga kelihatan perang keemasan.
  16. Di dalam mangkuk lain, masukkan cream cheese dan mentega. Pukul sehingga ringan dan gebu. Masukkan baki bahan-bahan lain. Pukul lagi sehingga gebu.
  17. Setelah rolls masak, sapukan campuran cream cheese ke atas rolls. Siap untuk dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *