Roti Jala

Roti Jala ini memang kegemaran anak-anak saya. Kalau ada roti jala memang tak makan benda lain dah. Saya perasan dalam chest freezer saya ada satu bekas kari ayam frozen yang saya buat beberapa minggu lepas. Jadi semasa MCO ini kita masaklah apa yang ada. Gali-gali peti ais jumpa harta karun macam-macam.

Saya share resipi roti jala yang selalu saya buat.  Resipi asal saya guna santan serbuk sebab semasa saya tinggal di Riyadh, santan segar susah nak dapat dan santan dalam tin pun mahal sikit. Yang banyak hanyalah santan serbuk dan harga pun tak lah murah mana. Tapi untuk MCO ini saya kurangkan apa-apa yang boleh. Untuk resipi MCO ni saya tak letak pun santan dan telur saya kurangkan satu biji. 

Saya menggunakan botol roti jala untuk buat roti jala ni. Yang ada 5 lubang tu. Sebenarnya kepekatan bancuhan ini juga bergantung kepada bekas yang kita guna untuk mengirai roti jala tu. Jadi kalau bekas lain mungkin perlu adjust sikit sukatan air atau tepungnya. Kena cuba jaya ya. Saya suka gunakan botol tu sebab tak comot meleleh merata. Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 40 keping roti jala.

Sumber : Jeni

Bahan-bahan

320 gm tepung
600 ml air 
4 sdb santan serbuk
1 tsp garam
1/2 tsp serbuk kunyit
2 biji telur
Sedikit minyak

Cara

  1. Masukkan air ke dalam blender.
  2. Masukkan garam dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan tepung sikit demi sikit dan masukkan telur dan santan serbuk semasa masukkan tepung tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *