Coney Dog

Sumber : Sandra@Allrecipes
Tarikh : 28 Mei 2007

Assalamualaikum,
saya sangat teruja ni. Baru lepas try resipi ni. Hehehehe. Saya memang suka makan Coney Dog. Jadi semalam surf-surf cari resipi Coney Dog Sauce. Bila tengok resipi2 yang ada nampak macam sempoi habis. Mula la rasa was-was. Takkan senang benar. Hehe takpelah try saja.

Hasilnya wallahhhh … superb abis. Lepas ni buat sendiri aje. Tak yah beli kat 1901 hehe. Tapi kat Arab takde pon 1901. Yang ada 1904 hehe. Itu pun tak bukak lagi 😛

So untuk peminat coney dog, marilah mencuba resipi yang sempoi tapi lazat abis ini. Sos coney dog ini boleh juga dimakan dengan roti cicah begitu sahaja, ataupun dengan fries dan juga nachos.

Selamat mencuba 🙂 – Jeni

Coney Sauce

SUBMITTED BY: Sandra (allrecipes.com)“This recipe is similar to the sauce they serve on hot dogs in New York on the street. According to legend, it first showed up at Coney Island, and then grew in popularity until all of the hot dog vendors in the city served it.”

Bahan-bahan

225 gm daging kisar
1/4 cawan air
1/4 cawan bawang holland dipotong dadu
1 ulas bawang putih
1 cawan sos tomato
1/2 sdt serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
Lada Hitam ditumbuk kasar
Serbuk jintan putih (optional)

Cara

  1. Tumiskan bawang holland diikuti dengan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak.
  3. Masukkan sos tomato diikuti dengan serbuk cili, serbuk jintan putih, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Masukkan air. Adjust kuah jangan cair sangat, agak-agak kalau kita letak atas roti kuah tu tak meleleh.
  4. Belah dua roti sosej di bahagian atas. Letakkan hot dog yang telah direbus di atas roti.
  5. Tuangkan sos coney dog yang telah kita masak tadi.
  6. Tuangkan sedikit bawang holland yang dipotong dadu ke atas sos tadi.
  7. Siap untuk di makan.

Sweet Relish

Sumber : Wawa (http://pertmuffin.blogspot.com/)
Tarikh : 29 Disember 2009

salam semua…apa khabar ?Ok, sesapa yang suka makan hotdog kat Ikea mesti kena cuba resepi ni :)Sweet Relish atau bahasa melayu nye jeruk timun manis mmg sedap kalau dibubuh dalam sandwich atau hotdog.

Sweet Relish (resepi from internet)

Bahan 

3 biji timun jepun
1 biji bawang
1 cawan cuka biasa
1 cawan gula
1/2 sudu garam

Cara

  1. Timun dan bawang di dadu halus. Ketepikan. 
  2. Masukkan cuka, gula dan garam kedalam periuk, renih sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan timun dan bawang tadi dan didihkan selama 15 min dengan api kecil. Sejukkan sebentar. Siap.

Cara hidang

  1. Potong tengah hotdog bun , masukkan sosej (sebaiknya gunakan sosej yg direbus sebab lebih lembut dan tak berminyak).
  2. Letakkan sweet relish.
  3. Boleh tambah mustard / sos cili ikut selera.

Selamat mencuba.

FEEDBACK

Ida@medix – Mlm tadi dah buat resepi nie memang sempoi dan sedap sekali boleh kasi 5 bintang. thanks to jeni sudi berkongsi. Mlm nie kena wat lagi anak2 kata semlm tak cukup.

Ceni – Jeni..Wa nak bagi feedback kat resipi nihh.. Memang tak sia2 mencubanya..hahahaha…sedap sangat.. lagi satu boleh makan banyak2… Tulah anak2 kat umah kata..Wa menderhakat sket aje..serbuk cili x da kat umah, So wa memandai bubuh 5 biji cili api tumbuk dgn bawang putih 2 biji.. tambah 1tsp lada hitam.. lain2 bahan wa ikut sama.. tekak melayu mmg nak pedas pun.. Selain dari buat makan dgn hot dog, wa wat cicah dgn roti “perancis”..sedab beb.. Gambo tak dapat nak tepek, sbb wa semalam bawak memenda ni utk makan tepi pantai..”piknik lerr tuu..hehehe
Terima kasi kat Jeni sbb kasi kongsi resipi sempoii & sheeeddaaappp niii.. Kalau ada yg tak percaya..meh lrr mencubanya.

Mamazieza – pasallll apa laa di namakan Coney Dog.. hehehehehe… but the rasa is marbeles… Orang sume dah try and mama nak gak try.. biarlaa orang dah tempek.. mama nak tempek gak.. tak lawa pun tak pe.. janji marbeles….Memang sedap… tapi kena ikut gak petua jeni.. makan coney dog ni.. kena ngan air bergas.. baru berasap.. wakakakakaka.

Baby Yong – nak bagitau ni, semalam my anak buah (lelaki) dah tried resepi ni & dah jual dah pun!! wa la antara pelanggan terawal dia.. heheheh.. nak wat sendiri malas!!  Dia tengah cuti semester, so dia bukak gerai burger + megi goreng + yg sempoi2 la.. rasanya memang sedap!!  tenkius kat jeni yg memfofularkan kat sini..

Lynn Sham – Teruja dengan semua feedback dan gambar, semalam sempat saya mencuba resipi ni.  Teramat mudah menyediakannya dan Sham kata memang sedap!  Terima kasih pada Jeni yang mempopularkannya.

LindaZA – baru sempat nak menerai coney dog sauce nie..mmg sedapppp banget…tak yah beli kat A&W…saveeeee budget…heheh sy guna minced beef yg beli kat chowkit..pilih daging suruh dia mesin kasi hancur..tapi brader tu tak aci la dia gi mesin daging liat….spoil je wa nyer coney dog…hahaha…tapi tak pe nanti mg nak wat lagik..

FEEDBACK SWEET RELISH

Shazny Suleiman – Ku dah berjaya juga buat sweet relish ni..dan berbulan2 simpan masih elok dlm peti.. 🙂 sedap pun sedap n yg penting jimaaaattttttttt… hehe tidak sebotol sepoloh hinggit…

Sweet Relish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *