
Beberapa hari lepas saya membeli stok sayur-sayuran untuk dimakan semasa MCO ini. Antaranya sawi, kentang, kobis dan cili. Disebabkan sawi cepat rosak jadi kita masak sayur sawi ini dulu. Resipi ini memang menjadi favourite keluarga saya sejak kami makan di Chicken Rice Shop. Nak buat sangat senang dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Boleh juga diganti dengan sayur kailan.
Sumber : Jeni
Tarikh : 23 Mac 2020
Bahan-bahan
12 batang Sayur sawi
3/4 ulas bawang putih dicincang
3/4 sdb sos tiram
Air
Minyak/minyak bijan
Cara membuatnya
- Didihkan air di dalam periuk.
- Celur sayur sawi agak-agak sehingga batang putihnya agak lembut.
- Toskan dan rendam ke dalam air ais untuk memberhentikan proses masak sayur itu dan untuk maintainkan warna hijau sayur tu yang cantik.
- Toskan sekali lagi dan masukkan ke dalam pinggan.
- Di dalam kuali, panaskan minyak dalam 2/3 sudu.
- Tumis bawang putih sehingga garing keperangan.
- Masukkan sos tiram dan kacau.
- Masukkan sedikit sahaja air. Kuah sos tiram harus pekat.
- Tuangkan sos ini ke atas sayur yang telah ditos tadi.
- Siap untuk dimakan.
