Chicken Fajita Pasta

Chicken Fajita Pasta

Semalam anak-anak request tak nak makan nasi. Cari dalam almari ada sebungkus pasta macaroni. Dan hari tu ada test buat sendiri rempah fajita. So saya pun merayap di pinterest cari apa yang boleh dibuat dengan benda-benda ni. Terjumpalah resipi Chicken Fajita Pasta. Saya tengok beberapa resipi dan adjust dengan apa yang ada dalam peti ais. Maka terhasillah resipi di bawah. Teringat di riyadh dulu, chicken fajita ni dimakan dengan pasta dan juga dengan mash potato. Tapi hari ni kita tak payah buat mash potatolah. Potato nanti kita test resipi lain.

Pasta ni anak-anak makan sampai malam tapi tak habis ada beberapa butir macaroni tu. Saya ni tanya sedap tak resipi Ummi masak. Depa kata sedap Ummi. Habis tu kenapa tinggal sikit lagi perabis la. Pastu sorang jawap sebab tak nak basuh periuk Ummi. Aduiii sabarrr jelah.

Sumber : Jeni
Tarikh : 22 Mac 2020

Bahan-bahan

2 keping dada ayam tanpa tulang dipotong dadu

Dipotong baji atau dadu
1 biji cili capsicum hijau
1 biji cili capsicum merah
1 biji bawang holland 

3 ulas bawang putih cincang halus
30 gm serbuk fajita (boleh beli readymade atau buat sendiri)
1/2 cawan heavy cream
1/2 cawan shredded cheddar cheese atau mexican cheese
400 gm pasta macaroni

Homemade Rempah Fajita
1 sdb serbuk cili
1 sdb garam
2 sdt serbuk paprika
1 sdt gula
1 sdt serbuk bawang putih
1 sdt serbuk bawang1
/4 sdt cayenne pepper
2 sdt serbuk jintan putih
1 sdb tapung jagung

Cara membuatnya

  1. Rebus macaroni. Bila sudah masak angkat dan toskan. Simpan sedikit air rebusan pasta.
  2. Di dalam periuk lain. Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
  3. Tumis bawang putih dan bawang holland.
  4. Apabila sudah agak layu masukkan ayam dan tumis sehingga masak. 
  5. Masukkan cili capsicum hijau dan merah. Kacau sekejap.
  6. Masukkan serbuk fajita dan gaul rata.
  7. Masukkan pasta/macaroni yang telah dimasak tadi.
  8. Masukkan sedikit air rebusan macaroni tadi. Gaul rata.
  9. Apabila nampak pasta sudah nak likat masukkan heavy cream dan shredded cheddar tadi.
  10. Gaul hingga agak pekat. Rasakan garam. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *