Stew Daging

Ini menu yang dibuat semalam. One pot meal orang cakap. Daging sayuran semua masak sekali. Saya guna periuk masak atas dapur. Jadi lama juga nak tunggu dagingnya empuk. Kalau ada instant pot atau pressure cooker bolehlah guna yang itu.

Seperti biasa sampai malam tinggal sikit lagi balance. Adalah untuk seorang makan macam tu. Pagi tadi saya panaskan sampai agak kering. Buat filling puff. Resipi puff esok pulak share ya. 

Sebenarnya saya buat juga konon-konon roti baguette menggunakan tepung wholegrain plain flour. Tepung ni pun lama dah beli masa nak eat clean dulu hehe. Tapi rasanya tak boleh diterima oleh tekak saya. Jadi tak jadi nak share resipi tu.

Sumber : Jeni

Bahan-bahan

1 kg Daging dipotong kiub
4 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang Holland dipotong dadu
4 batang carrot
3 biji ubi kentang
3 batang celery
1 cawan sos tomato
1/4 cawan sos tiram
1-2 kiub daging
2 sdb tepung
1 sdb serbuk cili
Garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
Minyak zaiton/minyak masak biasa
Air secukupnya.

Cara

  1. Gaulkan daging dengan garam dan serbuk lada hitam.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan daging di dalam minyak tersebut. Masukkan tepung dan gaul rata dengan daging tadi. Masak sehingga keliling daging sedikit garing. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Dalam periuk yang sama tumiskan bawang holland dan bawang putih. Sekiranya minyak sudah kering, tambahkan sedikit sahaja minyak ke dalam periuk.
  4. Masukkan serbuk cili dan tumis bersama bawang.
  5. Apabila bawang telah agak masak, masukkan daging tadi semula.
  6. Masukkan sos tomato dan sos tiram dan gaul rata.
  7. Masukkan air dan rebus daging sehingga daging empuk. Masukkan sekali kiub daging.
  8. Apabila daging sudah empuk masukkan kentang dan carrot. 
  9. Kemudian masukkan celery.
  10. Rasakan garam dan gula. 
  11. Kuah stew harus pekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *