
Kiriman : Mak Lang Azie
Sumber : Lynn Mohd @ Cranko21
Tarikh : 11 Nov 2005
Ni ada resepi mudah dan simple jer.Manalah tau kot2 ada tetamu yg datang mengejut macam bidan terjun…Maklang buat puff sardin.Balik kije nanti nak buat puff bilis pulak.
Bahan asas yg diperlukan:-
Roti prata/roti canai segera-biarkan lembut skit supaya mudah digulung/dilipat make sure yg mentah dan bukan yg dah goreng 1/3 masak k….) Maklang prefer roti prata sbb pipinya yg licin compare ngan roti canai tu yg menggerutu.
Bahan lain:-
Sebiji telor – pukul sedikit dan letakkan pewarna kuning secoet
Sausage or sardine or sambal tumis belen2 kat petisejuk tu…daripada terbiar gitu, jom kita buat puff.
CARA:-Untuk sausage puff :
- Gulung sausage tadi ngan roti prata dan di kelar2 sedikit.
- Sapukan ngan telor yg telah di pukul tadi.
- Bakar dalam ketuhar 180 deg celcius, 35 minits
Untuk sardine puff :
1 tin sardine – buang sos sedikit
1 bawang besar – hiris halus
1 batang lada merah – potong kecil2 sudu makan mayonaise
– gaulkan bahan2 ni buat inti.
Cara:
- Letakkan 2 sudu atau lebih inti sardine tadi dan gulung roti prata tadi.
- Sapukan telur yg di pukul tadi di atas dan bakar dlm ketuhar 180 deg cel selama 30 minits ( or sehingga mendapat kekuningan yg di sukai). Buleh juga dikelar2 bhg atas roti tu.
Instant Apple Strudel
Sumber : Lynn Mohd @ Cranko
Dah penat ngan buat savoury mengunakan instant prata.. I mempelbagaikan ngan membuat… apple strudle..ni dia gambar apple strudle yg di buat..sedap ooooooooo…….
inti dia I guna :
3 biji fuji apple – belah 3 dan hiris nipis2 (I tak suka guna green apples for personal reasons)
1 senduk gula
1/2 sdm serbuk kayu manis
2 sdm juice lemon (optional)
Cara
- Gaul semua bahan2 di atas.
- Ambil pratha instant tadi dan leperkan lagi ngan kayu pengiling hingga benar2 tipis. ****
- Aturkan kepingan2 apple yg dah di campur gula, serbuk kayumanis & lemon tadi di atas seluruh permukaan roti prata instant tadi dan lipat.
- Sapukan telor di atas dan bakar.
- Bila dah kekuningan… keluarkan dari ketuhar dan taburkan sugar powder yg di campur sedikit kayu manis di atasnya dan hidangkan.
Nota : **** kalau mahu lipatan strudle tadi lebih byk…sambungkan 2 keping prata tadi dan buat seperti di atas.
TIPS
Diana – Prata instant hendaklah dilembutkan terlebih dahulu, tetapi jangan terlalu lembut untuk jenama Springhome kerana nanti dia melekat pada lapik plastik prata tersebut. Sebaiknya half lembut jadi senang untuk dibentuk. Prata bentuk bulat Diana potong dua dah jadi bentuk semicircle dan kemudian letak inti ditengah dan lipat “V” kanan dan kiri. Tepi boleh tekan sikit kasi lekat jadi nanti tak tersengih. Bukan kek aje boleh tersengih, instant puff ini pun boleh. Kemudian boleh letak diloyang pembakar kasi dia relax dan lembut sikit. Bila dah lembut sapu telur yang telah Diana campur sedikit dengan susu segar dalam 1 sudu besar (supaya lawa bila pastri dibakar). Bakar dan siap untuk dihidang. Ada lagi satu jenis prata yang agak tebal dan prata jenis itu tidak sesuai untuk dibuat Instant Puff ini, so take note ya.
Ok ini ada beberapa jenis inti yang boleh kita gunakan untuk sumbat buat Instant Puff.
* Sardine Mayonnaise
* Chicken Mayonnaise
* Chicken + Black Pepper + Mixed Vegetables
* Tuna Mayonnaise
* Coklat cubes (kena lipat versi panjang tak boleh tiga segi nanti coklat meleleh keluar)
* Apple Hijau (ala apple pie)
* Telur Mayonnaise
* Seafood Mayonnaise (Crabstick + Salad Dressing yang warna pink tu)
* Kentang + Daging cincang (macam buat karipap atau epok2 tu)
* Cheese + Salmon
INTI SARDIN
1 tin sardin
1 biji bawang besar, didadu
7 biji cili padi thai, dihiris2 sudu besar mayonnaisegaram dan serbuk perasa (jika suka)
Tumis cili padi dan bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan sardin dan bahan perasa. Gaul sehingga ia kering dan campurkan mayonnaise. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
INTI APPLE PIE
3 biji epal hijau, buang kulit dan potong dadu
4 sudu besar gula perang (brown sugar)secubit serbuk kayu manis
kismis (jika suka)
walnut yang telah dipanggang (jika suka)
Gaulkan epal, gula perang dan serbuk kayu manis kemudian masak atas periuk. Masak dalam 5 minit menggunakan api sederhana sudah memadai. Kalau lama sangat nanti filling terlalu lembik. Angkat dan sedia untuk digunakan.
INTI KENTANG
300 gram kentang, dicuci bersih, rebus hingga empuk, kupas kulit dan lecek
2 biji telur
50 gram daun sup, dihiris halus2 biji bawang besar, didadu
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Gaul rata, kentang yang telah dilecek, telur, hirisan daun sup, bawang dadu, serbuk lada putih dan garam. Sedia untuk digunakan.
NOTA: Inti kentang juga boleh dicampurkan dengan tuna dalam tin, mayonnaise dan juga kepingan cheese cheddar. Sedappppp.
INTI DAGING REMPAH
1 biji kentang besar, dikupas dan didadu
1 sudu besar mentega
1 biji bawang besar, dicincang halus
1 cawan sayur campuran
200 gram daging cincang/ isi ayam (didadu)
3 sudu besar rempah kari daging
garam dan lada hitam secukup rasa
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau dan masukkan rempah kari daging. Masukkan daging cincang dan gaul rata sehingga masak. Masukkan kentang yang telah didadu bersama garam dan lada hitam secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan sayur campur (mixed vegetables). Gaul hingga sebati dan sedia untuk digunakan.
INTI TUNA MAYONNAISE
1 tin Hot Tuna Ayam Brand
3 sudu besar mayonnaise
2 keping cheese cheddar (dibahagi enam setiap keping)
Gaul sebati tuna dan mayonnaise dan campurkann dengan cheese cheddar yang telah dipotong kecil. Sedia untuk digunakan.
INTI AYAM
50 gm butter
1 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar, didadu kecil2 biji ubi kentang, dipotong dadu
3 batang carrot, dipotong dadu
1 cawan mixed vegetables
2/3 ketul dada ayam, dipotong kecil
1 cawan cendawan butang, dihiris
1 cawan susu segarsedikit daun parsley, dicincang halusgaram dan lada hitam secukup rasa
Dalam periuk yg panas masukkan butter dan tepung dengan api kecil. Kacau sampai rata. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga ianya pekat. Sedia untuk digunakan.
FEEDBACK
Nora – Kalau digoreng ok tak? Nora takde oven.
Lynn Mohd (Cranko) – Nora..boleh juga.. tapi fluffyness dia kurang…dan dia akan serap byk minyak.
Mamazieza – Nora cuba… (cuba tau) buat skit ajerr… pastu nora guna kuali, letak butter butter sikit then masukkan puff tu then tutup kuali tu…ngan tudung periukke….supaya boleh tutup semua… haaa kita buat style zaman dolu… masa takde oven.. guna dapur kayu… pastu bakar kek pun guna periuk.
Zeenath – Saya dah try instant puff berinti hotdog maklang tapi tengah2 pastry dia keras(liat) sikit. Pastry luar rangup. Puff ni kena grill ke bake? Saya bake @ 150C lebih 1 jam baru siap.
Diana – Zeenath, bila Diana buat roti prata tu kasi lembut dulu lepas tu mudah untuk kita lipat atau gulung dah kelar2 sapu telur dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit dah siap. Lamanya bakar sampai 1 jam zeenath? Liat mungkin roti prata tu keras lagi tak?
Lynn Mohd (Cranko) – zeenath…mungkin u roll tu too tight.. cuba jgn ketat sgt..satulagi… puff should be bake at 180 deg cel for 30 – 40 mins
Zeenath – Thanks Lynn. Last Saturday cuba lagi sbb ada 1 bungkus prata dlm fridge. As per Diana, saya thaw dulu prata utk hilangkan sejuk dan biarkan dia lembut. Pas 1 jam prata tak lembut2 juga dan tak bila gulung, dia pecah … baru I teringat prata harus pakai yg lembut dan licin. Kulit prata yg I gunakan agak kasar dan kering. Tak paa akan ku cuba lagi!
Lynn Sham – Balik dari kg petang semalam, kami singgah di Makro untuk beli prata sebab teringin nak buat instant puff. Jenama yg ada cuma Kawan. Risau jugak puff tak gebu sebab Diana suggest guna Springhome. Tapi, teringin punya pasal, beli juga Prata Kawan. Kira try & error la ni.. Sampai rumah, terus buat inti sardin tapi saya tak taruh mayonaise (sebenarnya terlupa!). Lebih sedap dengan mayonaise ke??? Mama/Diana, tolong jawab sikit ya.. trimas! Siap je inti, terus potong 2 prata, letak inti kat tengah, lipat kiri & kanan – ikut style Diana la ni. Saya cuma guna 2 keping prata ie. dpt 4 keping puff. Lepas sapu telur, bakar. Lepas 10 minit, jengok oven. Fuyooo.. puff naik 3 kali ganda. Kembang rasa hati ni macam puff tu jugak.. he.. he.. he.. Kepada penyumbang resipi (Lynn Mohd kan??), terima kasih kerana berkongsi resipi yang best ni.. Sham makan 3 keping & siap pesan suruh buat selalu bila saya kata mudah membuatnya.. Terima kasih sekali lagi!
Diana – Leen, roti prata instant ni ada dua jenis ya… satu yang Diana tempekkan gambar tadi dan lagi satu dia bepusing2 dan dah dibakar setengah masak dan agak tebal sedikit. Yang versi tebal dan telah dibakar ini tidak sesuai untuk dibuat Instant Puff pada pendapat Diana kerana ia tidak boleh kembang ala macam pastry gitu. Roti canai yang kita buat sendiri yang kita dah simpan dalam peti sejuk ini adalah jeni roti prata instant yang tebal tu yang berpusing2, tak sesuai la Leen. You kena beli hak yang macam kawan dan springhome tu sebab dia leper dan mudah dibentuk. Zeenath ada sekali kalau tak silap cuba menggunakan roti prata yang tebal tu, puff tak menjadi Leen. Harap dapat membantu. Kali kedua Zeenath cuba menggunakan roti prata instant macam springhome tu.
LindaZA – Disebabkan tak tahan dgn godaan puff nie semlm jugak saya gi beli paratha…hehehe….nie la hasilnyer.. mmg sedap sungguh dan mudah bebenor nak buat… kepada kwn2 lain cubalahhhhh.
Linda PTP – nak tanya ni, pagi tadi dah buat puff inti sardin n semua org tak percaya i buat pakai instant prata ni… n i notice, bhg bawah puff ni yang mana kulit puff tu akan jadi double and mcm tak masak jer… n tak berlapis2..mcm mana nak improvekan dia?
Lynn Mohd – Hi Haslinda, bahagian bawah tu mungkin tak berapa naik kerana kelembapan yg berlaku… at which temperature u bakar… mmg kalau nak ikutkan .. kat bawah tu mmg tak segebu kat bahagian atas.. kerana tu.. I suka biar dia bakar lama sikit..dlm 45 mins @ 180 deg celcius…
Azie Norazie – Betul ckp lynn tuh linda…akak masa buat hari tuh dok heran..yg atas dah gebu berlapis2..yg bawah dok camtu jek…bila naikkan suhu baru dia garing naik sket….pastu inti sardin jgn berminyak sgt…dia serap tu pasal kurang naik kot…
Suzana Ujen – Yeeee…..dah berjaya buat…..sebelum nie macam tensen jek baca feedback org lain….cari punye cari..akhirnye ketemu jugak dgn prata kat Giant..Agaknye sebelum nie dia menyorok kot…heheehe…walaupun ghupe puffnye tak secantik yg sifu buat..tapi rasanye mmg sedap….opismate yg makan tadi pun kata…” Sedapnye…you buat sendiri ker???”””…. Jawabnye..”Mestila..tgk orang la…”..hehehehhehe










