
Ini base pizza yang anak saya Kak Obit buat minggu lepas. Roti Pizza yang terhasil lembut sedap pada tekak saya. Anak-anak saya suka style thin crust manakala saya pula suka yang tebal. Untuk dapatkan thin crust adunan yang terhasil dari resipi ini dibahagikan kepada 2 biji pizza. Kalau prefer yang tebal, buat sahaja pizza ini dengan satu adunan terus. Resipi asal menggunakan tepung roti. Tetapi saya tak ada tepung roti jadi saya gunakan tepung biasa sahaja. Ianya tetap lembut selepas masak. Tak pasti pula saya kalau dah lama pizza akan menjadi keras ke tidak. Sebab lepas masak. anak-anak makan terus pizza tu sampai habis. Memang pizza ni kan sejenis makanan yang sedap dimakan sebaik sahaja masak kan.
Saya juga dah cuba frozenkan doh pizza untuk kegunaan masa depan. Jadi bila nak buat pizza, terus keluarkan dari freezer dan biarkan ia lembut dan boleh dibentuk selepas itu.
Sos pizza saya tak cuba lagi mana-mana resipi. Yang dalam gambar ini saya gunakan yang ready made sahaja. 🙂
New York Style Pizza
Kiriman : Jeni
Sumber : bakerbynature.com
Bahan-bahan
3 3/4 cawan tepung roti
1 1/4 sdt gula
7 gm instant yis
2 sdt garam
1 1/2 cawan air suam
2 sdb minyak zaiton
Cara
- Masukkan tepung roti, gula, yis dan garam ke dalam mangkuk mixer.
- Kacau adunan dengan perlahan. Masukkan minyak zaitun dan air sedikit sedikit.
- Kacau sehingga adunan doh melekat seperti bola.
- Keluarkan doh dan ulikannya kepada bentuk bola. Sekiranya doh melekat boleh tambah sikit dengan tepung.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak.
- Tutup mangkuk dengan kain dan biarkan ia naik sehingga sekali ganda.
- Setelah naik, keluarkan doh dan letakkan di atas permukaan yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Tumbuk-tumbuk sikit doh untuk keluarkan angin.
- Untuk dapatkan pizza thin crust, boleh bahagikan adunan doh kepada 2 bahagian. Untuk jenis tebal gunakan doh tersebut dan jadikan 1 keping pizza.
- Untuk frozenkan, bungkuskan adunan doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam tempat sejuk beku.
- Untuk masak, rollkan doh jadikan ia circle lebih kurang 12 inci.
- Letakkan sos pizza, filling kesukaan dan diikuti dengan mozarella cheese.
- Panaskan oven kepada suhu 225 Celcius terlebih dahulu.
- Bakarkan pizza selama 10 – 12 minit.

