Burnt Cheesecake

Pada malam 1 Ramadan hari tu tekak ni tiba-tiba terasa nak makan ciskek terbakar tu. Tapi tak nak buat banyak-banyak. Bulan puasa nak makan banyak mana lah sangat kan. Tanya kat kawan-kawan geng RNet. Maka Ujen pun bagi satu resipi yang dia pernah buat google dari internet resipinya. Just nice cream cheese guna 250 gm sahaja. Elok-elok ada satu tiub cream cheese Tatura 250 gm dalam fridge tu. Senang rupanya buat. Bahan-bahan pun memang ada. Yang lagi best Ujen cakap blend sahaja. Makan terhasillah Burnt Cheesecake ini. Saya guna loyang 6 inci. Loyang pun dah 2 tahun beli baru guna 2 kali. Kecil aje kek ni. Ketinggian pon just nice. Memang sesuai sangatlah dengan size loyang. Malam tu juga habis kek ni. Makan sorang sedikit. 

Burnt Cheesecake

Kiriman : Jeni
Sumber : Ujen

Bahan-bahan

250 gm cream cheese
1/2 cawan gula
3 biji telur
2 sdb tepung
125 ml whipping cream
Saya tambah 1 sdb perapan lemon dan sedikit garam

Cara

  1. Masukkan semuanya ke dalam blender dan blend sehingga sebati sahaja.
  2. Masukkan baking paper ke dalam loyang. Biarkan ada lebih baking paper itu lebih kurang 1.5 inci dari ketinggian loyang.
  3. Panaskan oven kepada suhu 230 Celcius.
  4. Bakar selama 30 minit atau sehingga permukaan itu nampak macam hangit sikit. Bahagian tengah tu biar boleh gegar-gegar sikit bila digoyang.
  5. Selepas dah masak, offkan electrik dan biarkan kek tu menyejuk di dalam oven.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *