
Semalam anak request nak makan stew daging lagi. Jadi saya menggunakan instant pot untuk masak stew dan request anak saya buatkan Bread Bowl ni untuk dimakan bersama stew daging tu. Resipi Bread Bowl cari di pinterest. Resipi Stew Daging dah update beberapa minggu lepas.
Resipi bread bowl ni memang best sekali. Selepas mengguli memang adunan doh lembik sikit tetapi kita tabur-tabur sedikit dengan tepung untuk menggulinya pada bahagian terakhir. Ia lembik tetapi tidak melekat pada tangan. Kami membahagikan doh kepada 8 bahagian kecil. Kalau buat 10 bahagian pun ok saya rasa sebab nanti tak jenuh nak menghabiskan semangkuk roti tu. Bentukkan doh kepada bentuk-bentuk bulat ya. Jangan meleper sebab nanti bila dia naik tak dapat bentuk mangkuk nanti, dapat bentuk pinggan pulak. Bakar doh ini sehingga dapat permukaan yang bewarna golden diluar.
Hasil akhirnya bahagian di luar akan menjadi keras tetapi lembut di dalam. Permukaan yang keras di luar sesuai untuk membendung sup di dalam. Bahagian dalam pula sesuai untuk soak up supnya. Untuk bread bowl ini saya padankan dengan stew daging tu kan. Stew daging tu teksturnya likat sikit. Tak cuba lagi buat dengan sup-sup cair seperti sup tulang atau sup merah. Kalau anda cuma makan dengan sup-sup cair nanti jangan lupa hantar feedback ya.
Selamat mecuba.
Sumber : Betrfromscratch
Kiriman : Jeni
Bread Bowl
Bahan-bahan
1 telur putih disejukkan
1 1/2 sdb instant yis
7 cawan tepung
2 1/4 sdb gula
1 sdb garam
4 sdb mentega
1 sdb susu segar
3 cawan air suam
Cara
- Campurkan air, yis dan 1/2 sdt gula ke dalam mangkuk kecil. Kacau sedikit campuran ini dan tunggu ianya berbuih.
- Di dalam mangkuk lain, campurkan garam, baki gula, mentega, 3 1/2 cawan tepung dan campuran yis tadi.
- Gaul sehingga sebati. Tambahkan baki tepung sedikit-sedikit. Hasil akhir doh ini harus lembut tetapi tidak melekat-lekat. Tak perlu uli sehingga elastik sangat.
- Masukkan doh yang telah digaul ini ke dalam mangkuk yang sudah digriskan dengan sedikit minyak. Pusing-pusingkan doh dalam mangkuk itu supaya seluruh permukaan doh itu disalut dengan minyak itu.
- Tutup mangkuk dengan kain. Biarkan ia naik kembang sekali ganda.
- Setelah naik, tumbuk-tumbuk doh itu untuk mengeluarkan anginnya. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
- Uli doh kecil ini sekali lagi dan bentukkan ia seperti bola. Letakkan ia ke atas tray pembakar.
- Tutup doh yang telah dibentuk ini dengan kain. Biarkan ia naik sekali ganda.
- Apabila sudah naik, sapukan permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
- Bakar dengan suhu 200 Celcius sehingga 30-40 minit.
- Setelah masak sejukkan roti ini sebelum dimakan.
- Untuk makan potong bahagian atas roti dengan pisau roti dan korek keluar isi roti ini. Isi roti ini akan digunakan untuk menyicah sup. Mangkuk roti ini pun boleh dimakan sampai habis sebab sup akan melembutkan dinding roti itu.
- Selamat mencuba.
Resipi stew daging – https://resipi.net/2020/03/25/stew-daging/
