Roti Subway

Roti Subway

Untuk mempelbagaikan masakan meatball yang dibuat hari tu, saya cuba pula satu lagi resipi bun untuk makan meatball sub ala-ala roti subway tu. Resipi ini cari di pinterest juga. Hasilnya sangat memuaskan hati. Masa lepas bakar memang keras permukaan luar rotinya. Tapi bila dah sejuk rotinya lembut ala-ala roti subway itulah. Untuk satu adunan ni saya bahagikan kepada 4. Dapat 4 roti sub yang panjangnya dalam 9 inci dan lebar pun boleh tahan. Lebih gemuklah dari roti subway tu. Kalau sorang makan tak habis kot. Saya share berdua makan dengan anak untuk satu roti tu. Intinya boleh di pelbagaikan. Nanti nak cuba dengan inti/filling lain pula.

Kiriman : Jeni
Sumber : blessthismessplease.com

Bahan-bahan

1 cawan air suam
1 sdb yis
1 sdb gula
1 1/2 sdt garam
4 sdb minyak zaitun
2 1/2 hingga 2 3/4 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya

  1. Masukkan air suam, gula dan yis ke dalam mangkuk. Biarkan yis berbuih.
  2. Setelah berbuih masukkan ke dalam mangkuk mixer.
  3. Masukkan 1 cawan tepung, garam dan minyak zaitun. Gaul dan uli dengan mixer tersebut.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  5. Uli sehingga doh tidak melekat lagi di dinding mangkuk mixer.
  6. Uli lagi selama 8 minit.
  7. Keluarkan doh ke atas permukaan yang tela ditabur dengan tepung. Uli sedikit lagi sehingga doh licin.
  8. Bentukkan doh menjadi bentuk bulat. 
  9. Masukkan semula ke dalam mangkuk.
  10. Tutup mangkuk dengan kain atau plastic wrap.
  11. Biarkan ia naik selama 30 minit.
  12. Setelah doh naik, keluarkan doh dan bahagikan kepada 4 bahagian.
  13. Uli doh dan gelek untuk menjadikan ia berbentuk silinder dengan panjang 9 ke 10 inci.
  14. Letakkan doh yang telah dibentuk ke atas loyang pembakar dengan jarak 2 inci antara satu sama lain.
  15. Tutup doh tadi dengan kain dan biarkan ia naik sekali ganda saiznya.
  16. Panaskan oven kepada suhu 175 Celcius.
  17. Bakar doh tadi selama 25 minit.
  18. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sapukan sedikit mentega ke atas bun.
  19. Biarkan ia menyejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit sebelum dipotong.
  20. Makanlah dengan filling kegemaran masing-masing.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *