Homemade Burger Patties

Homemade Burger Patties

Kali ini saya nak share pula resipi homemade burger kegemaran ramai. Resipi ini saya dapat dari group MAHN. Tetapi masa tu terlupa nak save nama tuan punya resipi.

Dari burger patties ni bolehlah buat bermacam-macam jenis burger, burger speciallah, burger prosperitylah, cheeseburgerlah dan macam-macam lagi. Tapi di sini saya nak share resipi daging burger itu sahaja ya. Resipinya seperti berikut.

Kiriman : Jeni
Sumber : MAHN

Bahan-bahan

800 gm daging kisar (kalau guna daging kisar yang fresh dan kurang berlemak lebih best)
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 cawan breadcrumbs (saya suka guna panko atau japanese breadcrumbs sebab lebih kasar)
1 sdb serbuk lada sulah
1 sdb serbuk lada hitam
2 sdb serbuk ayam
2 sdb minyak zaitun
1 biji telur
1 biji telur kuning (saya selalu letak satu biji sahaja)
2 sdb sos tiram

Cara

  1. Gunting kertas untuk dilapikkan antara daging burger.
  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam mangkuk yang besar dan gaul rata.
  3. Ambil dalam 100gm daging tersebut dan bentukkan menjadi bentuk daging burger.
  4. Masak daging burger seperti biasa.
  5. Boleh simpan daging burger ke dalam peti ais bahagian sejuk beku kalau tak nak guna terus.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *