Beberapa hari lepas saya telah mencuba resipi meatball yang paling banyak rating di website allrecipes. Meatball tersebut saya makan dengan pasta. Dan masih ada bakinya. Jadi hari selepasnya saya makan dengan roti pulak. Ala-ala meatballs sub kat Subway. Untuk kali ini saya share dulu resipi meatballnya ya.
Bebola Daging Chef John
Kiriman : Jeni
Sumber :Allrecipes.com
Bahan-bahan
1/3 cawan serbuk roti (saya gunakan panko breadcrumbs)
1/2 cawan susu segar
2 sdb minyak zaitun
1 biji bawang besar potong dadu
907 gm daging kisar
2 biji telur
1/4 cawan daun parsley dicincang
3 ulas bawang putih didadu
2 sdt garam1 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt chili flakes
1 sdt italian seasoning
2 sdb serbuk parmesan
Cara
- Rendamkan serbuk roti dengan susu segar selama 20 minit.
- Tumis bawang dengan minyak zaitun sehingga bawang warna jernih.
- Di dalam mangkuk besar, masukkan daging, campuran serbuk roti dan ke semua bahan lain.
- Gaul sehingga sebati.
- Griskan loyang pembakar.
- Bentukkan bebola daging agak-agak saiz bola golf. Akan dapat dalam 30 biji bebola daging.
- Panaskan oven kepada suhu 220 Celcius.
- Bakar selama 10 minit kemudian balikkan meatball tersebut satu per satu.
- Sambung bakar lagi 10 minit dan keluarkan.
Setelah masak saya masukkan bebola daging ini ke dalam kuah pasta dan merenehkan kuah tersebut beberapa lama supaya kuah dan meatballnya meresap rasanya. Kuah pasta yang ini saya guna yang segera sahaja.