Mee Kantonis

Resipi ini saya cuba semasa saya tinggal di Riyadh dulu. Dah lebih 12 tahun dah usianya. Saya postkan semula buat kenangan dan simpan dalam resipi.net.

Tarikh : 26 Februari 2008

Semalam dah bosan makan nasi, saya try buat mee ala-ala kantonis, ala-ala sizzling, ala-ala chinese. Saja lah try-try. Hasilnya encik suami suka, dia kata ada iras-iras Yee Mee Claypot yang dia makan kat foodcourt kat Msia selalu tu. Actually nak tambah cendawan ke carrot ke apa2 pun boleh. Cuma yang kat atas tu je stok yang ada kat rumah ku 🙂

Selamat mencuba.

Mee Kantonis

Bahan-bahan

Tagliatelle (Sejenis pasta yang leper2 nipis, kecik sikit dari fetuccini, gambar attached. Kalau kat msia boleh la guna yee mee yang kering tu)
1 ulas bawang putih
3 cawan stok ayam (saya rebus rangka ayam)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sdb tepung jagung dibancuh sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya

  1. Tumbuk bawang putih hingga pecah. Di dalam periuk kecil tumis dengan minyak yang sedikit hingga garing.
  2. Masukkan stok ayam dan mee. Mee ni kering jadi masak hingga lembut.
  3. Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. (Kelikatan mee sebenarnya terpulang pada citarasa masing2)
  5. Pecahkan telur ke dalam mee.
  6. Angkat. Masukkan dalam mangkuk dan tabutkan daun bawang dan bawang goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *