Rendang Pucuk Ubi

Rendang Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Inilah rupa rendang pucuk ubi yang saya buat semalam..Pucuk ubi ni N9 mari.. dah beberapa kali beli kat sini tapi jauh lebih banyak daun ubi tua dari pucuknya.. tu pesan kat adik bawakan semalam sebab jumpa adik kat rumah pengantin lelaki (pengantin perempuan adik BIL) kat Meru.. BIL beli kat pasar Sabtu, Gemas.. cantik pucuk ubi tu dan masih segar (adik basahkan paper dan bungkus pucuk ubi.. pastu masuk dalam plastik).. tu yang masakkan juga rendang ni semalam.. sayang jika dibiarkan pucuk ubi tu layu..Jika berminat nak cuba, kat bawah ni resipi ‘campak-campak’ yang dah saya sukat.. boleh je ubahsuai ikut selera sendiri.. ~Lynn Sham~

Sumber : LynnSham
Tarikh : 13 Februari 2012

RENDANG PUCUK UBI

Bahan A:

2 ikat (420 gm) pucuk ubi tanpa tangkai, cuci dan toskan

Bahan B:

2 cawan santan pekat kotak – kalau guna hak fresh lagi sedap, kuantiti boleh tambah ikut citarasa sebab kalau banyak santan, banyaklah ‘habuk’nya
5 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 1/2 sudu teh garam – ikut selera sendiri ya..
2 sudu teh gula – optional

Bahan C:

6-7 ulas (100 gm) bawang merah
1-2 genggam (50-100 gm) ikan bilis
1 genggam (50 gm) cili padi – ikut selera sendiri ya..

Cara Membuatnya:

  1. Tumbuk/Kisar C.
  2. Satukan B dan C dalam kuali, masak hingga hampir kering, rasa garam/gulanya.
  3. Masukkan pucuk ubi (bila masukkan pucuk ubi, akan jadi berair) dan masak hingga kering sambil dikacau selalu.
  4. Siap.

Q & A

Nurass – Lynn, Pucuk tu kalau lama dlm masak dia mmg tak hancur ke ? Brapa lama agak2 nya dia nak kering ?? Terima kasih.

LynnSham – Nuras, Pucuk ubi tu memang tak hancur.. ia jadi halus-halus panjang bila dah kering.. lama juga I masak semalam, dalam 1 jam lebih.. kalau guna non-stick pan/wok, bila dah agak kering, perlahankan api.. kacau sesekali dan masak hingga kering.. nak masak hingga kering ni yang lama..



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *