Strawberry Custard Slice

Strawberry Custard Slice

Resipi yang saya cuba tahun 2011 dahulu. Macam fruit tart tapi versi nak cepat. 

Kiriman : Jeni
Sumber : Australian Women’s Weekly
Tarikh : 19 Disember 2011

Strawberry Custard Slice

Bahan-bahan

2/3 cawan (160 ml) susu segar
1/2 cawan (125 ml) pouring cream – saya guna whipping cream
1 vanilla bean – saya guna 1 sdk esen vanilla
4 kuning telur
1/4 cawan (55 gm) gula kastor
2 sdb  tepung jagung
1 1/4 cawan (185 gm) tepung gandum
1/4 cawan (40 gm) gula ising
125 gm unsalted butter, potong dadu
2 sdk air ais
250 gm strawberry dihiris nipis
2 sdb jem raspberry, dipanaskan dan ditapis

Cara

  1. Griskan loyang 8×12 inci dan lapikkan dengan kertas baking.
  2. Satukan susu dan whipping cream di dalam periuk. Masukkan vanilla bean atau esen vanilla. Didihkan campuran ini.
  3. Di dalam mangkuk lain gaul/whisk 3 telur kuning, gula kastor dan tepung sehingga sebati.
  4. Masukkan campuran susu yang panas tadi ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam periuk dan masak dan kacau sehingga campuran kastad ni agak pekat.
  6. Tutup api dan sejukkan.
  7. Di dalam food processor, kisarkan tepung, gula ising dan butter sehingga menjadi crumbs. Masukkan baki kuning telur dan air sedikit sehingga doh melekat.
  8. Keluarkan dan uli adunan di atas permukaan yang telah ditabur dengan tepung sehingga smooth.
  9. Tekankan doh ke atas loyang tadi. Cucuk-cucuk permukaan doh dengan garpu.
  10. Tutup dengan plastic wrap dan sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
  11. Panaskan oven kepada suhu 200 Celcius.
  12. Bakar base selama 15 minit atau nampak keemasan sikit. Sejukkan.
  13. Apabila sudah sejuk, tuangkan kastad ke atas base. Dan bolehlah susun strawberry slices tu di atasnya.
  14. Berus strawberry slice ini dengan jem raspberry tadi. 
  15. Sejukkan dulu selama 1 jam di dalam peti ais sebelum dipotong.

Selamat mencuba.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *