Saya nak kongsi resepi menu makan siang semalam. Kuah Rasam, Sambal Kelapa dan Ikan Masak Ladop (ni masakan org India, arwah bapa yg selalu masak)
Sumber : Zahara Bee
Tarikh : 10 Ogos 2008
Rasam
Bahan kisar:
1 sdm jintan kasar
1 sdm jintan halus
1 sdm lada hitam
2 labu bawang besar (sedang)
2 ulas bwg putih
Sedikit halia dan kunyit
Air asam
Daun kari
Garam secukup rasa
Cara:
- Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi.
- Masukkan air asam dan tambah air mengikut cita rasa, biar mendidih.
- Masukkan garam.Rasa lah kalau dah cukup asam garam, matikan api, siap dihidang.
Sambal Kelapa
1/2 biji kelapa parut (disangar sebentar saja)
1 bwg besar
1 bwg putih
Sedikit halia
Sedikit air asam (pekat)
Daun pudina (dlm segenggam)
2 biji lada hijau
Sedikit garam
Cara:
- Semua bahan2 ni dikisar. (kalau di giling lagi sedap, sekarang batu giling pun dah tak ada kat rumah ni)
- Siap utk di hidang.
Ikan Masak Ladop
5 keping ikan tenggiri (di goreng lembab)
3 biji tomato (dihiris nipis) kalau suka boleh tambah lagi.
2 sdm cili kisar2 bwg besar ) di kisar
2 bwg putih ) halus
1 sdt serbuk jintan halus
1 sdt serbuk jintan kasar
1 sdm tomato puree
Sedikit daun pudina dan daun ketumbar (daun ketumbar tak ada stok, jadi saya tak guna)
Cara:
- Tumis bawang putih, bwg besar, cili kisar, jintan hingga garing dan wangi.
- Masukkan tomato dan tomato puree dan tambah sedikit air. Masak hingga tomato layu dan masukkan ikan goreng.
- Tambah sedikit air (ikut kepekatan yg di mahu, lauk ni lebih kurang macam sambal jgn cair sgt). Kemudian masukan daun pudina dan ketumbar.
- Siap.
Nota: Masak Ladop ni juga boleh gunakan daging, ayam atau udang dan boleh di tambah kentang. Sedap dimakan dgn nasi, roti atau lontong.