Assalamualaikumu & Salam Sejahtera .. Selain set Nasi Briyani, sempat juga saya cuba resipi Sambal Goreng Jawa ni. Saya gunakan resipi dari Kak Su (Toshiba) sebagai panduan. Senang sebab ada sukatan.
Tetapi..
a) saya gantikan tetelan dengan daging dan kurangkan kuantitinya kerana
b) saya tambah paru dan hati + mempedal ayam – ceduk sikit dari resipi Kak Rozi sebab saya sukakan kepelbagaian. Selain tu,
c) saya kisar ikan bilis untuk dapatkan rasa manisnya – ni pun ceduk resipi Kak Rozi.
d) juga, saya tambah suhun, fucuk dan kacang panjang – yang ni sebab versi yang biasa saya makan ada 3 bahan ni.
Cara masak pun lain sikit, saya tumiskan bahan kisar bersama bahan hiris hingga wangi. Kemudian masukkan daging dan sedikit air, masak hingga daging empuk. Lepas tu baru masukkan pati santan, garam, gula dan air asam dan masak hingga agak kering/terbit minyak. Akhir sekali baru masukkan semua bahan sayuran (kacang panjang, suhun & fucuk) dan bahan yang telah digoreng dan hiris.
Kak Su, maaf ya sebab pandai-pandai tokok-tambah resipi Kak Su! Walau bagaimanapun, kami sukakan hasilnya! Pada tekak kami memang sedap! Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi ini!
Juga terima kasih pada Kak Rozi yang turut berkongsi resipi (jangan marah sebab saya ceduk sikit ya..) Teringin juga nak rasa air tangan Kak Su & Kak Rozi.. sekurang-kurangnya dapat bandingkan dengan air tangan sendiri! Bila ekk Kak Su? Kak Rozi? he.. he.. he.. Gambar Sambal Goreng Jowo ni saya sertakan. Errrr.. nak tanya pendapat Kak Su & Kak Rozi.. memang macam ni ke rupanya? Bagi komen sikit.. tq! Lepas ni nak try resipi Kak Rodziah (Kialim) pulak.. resipi ni lain sikit sebab ada kicap! Bila masanya tu, belum tentu lagi.. tungguuuuuu.. he.. he.. he.. ~Lynn Sham~ * *
Kiriman : LynnSham
Sumber : Kak Suriani
Tarikh : 6 Nov 2006
Sambal Goreng Jowo ala Mak Kak Su
Seperti yang telah dijanjikan di sini Kak Su lampirkan resipi sambal goreng ala Mak Kak Su
Bahan-bahannya :-
1 kilo tetelan direbus hingga empuk lalu digoreng, ( air rebusannya jangan dibuang )
1 kilo udang, dibuang kepala cuci bersih direbus sebentar lalu digoreng
$2 tahu dipotong dadu lalu digoreng
$2 tempeh dipotong dadu lalu digoreng
$1 lada hijau – dihiris halus menyerong ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
$1 lada merah – dihiris halus menyerong ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
$1 serai dihiris halus ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
1 kilo bawang besar dihiris halus ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
10 – 15 ulas bawang putih dihiris halus ( ambil suku bahgian untuk dikisar halus )
2 cm lengkuas ( dikisar halus )
2 cm kunyit hidup ( dikisar halus )
2-3 helai daun salam
4 biji buah keras ( dikisar halus bersama bahan-bahan yang lain )
belacan
asam jawa secukup rasa
gula melaka anggaran 2 buku ( kalau yang cylinder shape tu atau sesedap rasa )
Santan pekat dari sebiji kelapa atau 1 kotak
garam dan serbuk perasa sesedap rasa
Cara memasaknya :-
- Campurkan santan pekat dengan air rebusan tetel. Gaulkan sekali bersama belacan, gula melaka dan asam jawa. Rasa lemak masam manis dan masinnya mengikut rasa.
- Tumis hirisan bawang besar sehingga layu lalu diangkat.
- Tumiskan pula bawang putih, serai, lada merah, lada hijau & daun salam. Tumis hingga layu dan wangi.
- Masukkan bawang yang telah ditumis terlebih dahulu itu tadi digaul rata.
- Lalu dimasukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus ( bawang besar, bawang putih, lada merah & hijau, serai, kunyit, lengkuas ) Gaul rata dan tumis hingga rempahnya kering dan wangi.
- Tuangkan adunan santan pekat dan air rebusan tetel , belacan, asam jawa & gula melaka gaul rata dan masak sehingga pekat.
- Masukkan bahan-bahan kering yang telah digoreng tadi, gaul rata dan siap untuk dihidang.
Jika betul cara menumisnya masakan ini boleh tahan lama. Semakin hari semakin mesra ramuannya. Makan sehingga menjilat jari! Sudi-sudilah cuba ya? Jika ada kekurangan harap dimaafkan maklumlah resipi orang tua pakai agak-agak saja. Selamat mencuba…