
Acuan ini saya beli dah dekat 2 tahun rasanya. Tapi tak pernah lagi merasmikannya. Jadi saya pun cari-cari resipi untuk stamped cookies. Yang ini nampak simple jadi saya pun cubalah. Rasanya biasa-biasa sahaja. Ala-ala shortbread macam tu. Next time nak cuba yang ada perisa peanut butter atau mentega pula. Walau macamana pun anak-anak makan sehari tu juga habisnya.
Sugar Cookies
Sumber : katebragg.com
Bahan-bahan
3/4 cawan unsalted butter, suhu bilik
1 cawan gula ising
1 biji telur
1 1/4 sdt esen vanilla
1/2 sdt garam
2 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuatnya
- Pukul mentega dan gula ising di dalam mixer.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai fluffy.
- Masukkan tepung dan garam. Pukul perlahan sehingga campuran sebati.
- Bahagikan doh biskut kepada bulat-bulat kecil.
- Susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan baking paper.
- Celup atau tekankan stamp biskut tu ke dalam tepung. Ketuk-ketuk sikit supaya tepung berlebihan tu jatuh.
- Stampkan atas doh tadi.
- Kemudian angkat perlahan-lahan stamp tu. Yang ini kena cuba juga beberapa kali sebab masa mula-mula saya buat tu melekat juga. Nak kena adjust pressure tekanan juga.
- Panaskan oven ke suhu 175 Celcius.
- Bakar selama 12-14 minit atau sampai nampak keemasan sikit.
- Biarkan ia sejuk seketika di atas loyang selepas masak kerana semasa mula-mula masak biskut akan lembut sedikit.
- Bila dah sejuk bolehlah simpan di dalam balang biskut.
Selamat mencuba.
